PAK Fun Day di SK Sungai Amang: Belajar Jadi Lebih Seronok!
Автор: Program Anak Kita
Загружено: 2025-12-18
Просмотров: 19
Di SK Sungai Amang, Kapit, Sarawak, belajar bukan sekadar duduk di dalam kelas — ia jadi pengalaman yang seronok, penuh gelak tawa dan keyakinan melalui Program Anak Kita (PAK) Fun Day, sebuah inisiatif daripada guru pemulihan di sekolah tersebut.
Bersama Cikgu Fahdill dan Cikgu Genevieve, guru pemulihan di sekolah ini, pembelajaran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dibawa dengan cara yang lebih dekat di hati murid. Di PAK Fun Day, kanak-kanak bergerak dari satu stesyen permainan literasi dan numerasi ke satu stesyen lain — belajar melalui permainan, visual, pergerakan dan interaksi.
Antara yang paling mencuri perhatian ialah station penggunaan tablet, di mana murid boleh bermain sambil belajar menggunakan aplikasi Kayam, dengan bimbingan rakan pelaksana kami, Chumbaka di Sarawak. Setiap aktiviti direka supaya murid boleh faham dengan cara mereka sendiri — tanpa tekanan, tanpa rasa takut.
Usaha ini membuahkan hasil. Sehingga Ujian Pelepasan 1 pada bulan Jun, 42.4% murid berjaya keluar daripada kelas pemulihan. Di SK Sungai Amang, 33% murid pemulihan kini kembali ke kelas arus perdana — satu langkah kecil yang membawa makna besar buat mereka.
Video ini merakamkan detik-detik PAK Fun Day — tentang kesabaran, kepercayaan, dan kegembiraan apabila kanak-kanak diberi ruang untuk belajar dengan cara yang sesuai untuk mereka.
✨ Jangan lupa tekan Like, tinggalkan komen, dan subscribe untuk ikuti lebih banyak kisah inspirasi PAK!
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: