Kursus Umrah 2019 | Saie Umrah
Автор: Tv Al Firdausi
Загружено: 2019-04-05
Просмотров: 8090
Kursus Umrah Bersiri Minggu Ke EnamTahun 2019 bab Saie Umrah
Masjid Jamek Al Ariffin Permatang Nibong Seberang Perai Tengah Pulau Pinang
31 Mac 2019
Nota Ringkas Perjalanan Ibadah Umrah
*TIDAK DIBENARKAN MENJUAL ATAU MEMBUAT SALINAN TANPA IZIN DARIPADA PEMILIK NOTA INI, JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI, ALLAH MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN.
SAIE UMRAH ( RUKUN YANG KE 3 )
Berjalan ulang alik antara BUKIT SAFA dan MARWAH dengan syarat-syaratnya
Setelah selesai mengerjakan Tawaf Umrah dengan yakin dan sempurna, sebelum melaksanakan saie Umrah, Jemaah hendaklah memastikan beberapa perkara berikut :-
1. Pastikan Jemaah berada di Bukit Safa untuk melakukan Saie kerana ramai Jemaah tersilap bermula di Bukit Marwah.
2. Bukit Safa agak tinggi sikit, dan berdekatan dengan kawasan lampu HJAU.
3. SILA BACA ARAHAN PAPAN TANDA ATAU BERTANYA KEPADA JEMAAH YANG LAIN.
4. Ketika berada di Bukit Safa, Baitullah / Kaabah berada disebelah kiri dan ketika berada di Bukit Marwah pula, Kaabah berada disebelah kanan.
SYARAT-SYARAT SAIE
1. Dilakukan selepas tawaf rukun (UMRAH) cukup 7 pusingan dan sah dengan Yakin.
2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
3. Cukup 7 kali SAIE dengan yakin.Dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali dari Marwah ke Safa.
4. Hendaklah SAIE sampai ke penghujung tempat SAIE di Bukit Safa Dan Bukit Marwah.
5. Hendaklah SAIE di Batnul Wadi-yakni tempat yang termaklum. (yang telah ditetapkan)
6. Tidak berniat lain yang memesongkan niat dari tujuan SAIE.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: