PROGRAM KRT PASIR PANDAK 2024 HINGGA 2025
Автор: Nasir Bujang
Загружено: 2026-01-02
Просмотров: 14
UCAPAN TERIMA KASIH
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelbagai program anjuran KRT Kampung Pasir Pandak sepanjang tahun 2024 hingga 2025.
Penghargaan ini ditujukan kepada barisan Ahli Jawatankuasa KRT, agensi berkaitan, rakan strategik, sukarelawan serta seluruh penduduk Kampung Pasir Pandak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang amat bermakna.
Segala usaha, tenaga dan masa yang dicurahkan telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran program-program kemasyarakatan, kebajikan, kesukanan, keagamaan dan perpaduan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Semoga segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang sewajarnya serta menjadi pemangkin kepada penganjuran program yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Terima kasih atas sokongan padu anda semua.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: