32 Peserta Sertai Kursus Team Building Siri ke-2 di X-Park Sunway IskandarSunway Iskandar
Автор: M Niaga tv
Загружено: 2025-08-28
Просмотров: 29
32 Peserta Sertai Kursus Team Building Siri ke-2 di X-Park Sunway Iskandar
JOHOR BAHRU, 26 Ogos 2025 – Seramai 32 peserta daripada The Els Club Desaru Coast telah menyertai Kursus Team Building Siri ke-2 yang berlangsung di X-Park Sunway Iskandar, Johor pada 25 hingga 26 Ogos lalu.
Bertemakan “Enhancing Performance Excellence”, program anjuran Global Excel Hub Sdn Bhd ini dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, Champ Hussain dan Baharim Sukari.
Sepanjang 2 hari 1 malam, peserta mengikuti pengisian modul dengan pecahan 30% aktiviti indoor dan 70% aktiviti outdoor. Aktiviti-aktiviti yang dirangka bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, malah menekankan aspek komunikasi berkesan, kepimpinan, strategi kerjasama serta keyakinan diri.
Menurut penganjur, objektif utama program ini adalah untuk membina pasukan kerja yang lebih bersepadu dan bersedia menghadapi cabaran dunia korporat masa kini.
“KERINGAT, TAWA, DAN DETIK KEBERSAMAAN YANG TERCIPTA MEMBUKTIKAN BAHAWA PRESTASI CEMERLANG HANYA BOLEH DICAPAI APABILA BERGERAK SEIRING SEBAGAI SATU PASUKAN,” UJAR PIHAK FASILITATOR.
Menariknya, program ini boleh dituntut melalui HRDc di bawah skim SBL-Khas, sekali gus membuka peluang kepada organisasi untuk melabur dalam pembangunan modal insan tanpa menanggung beban kos tambahan.
Program ini membuktikan bahawa Team Building bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi pelaburan strategik dalam membina budaya kerja yang cemerlang.
Organisasi yang berminat untuk menjalankan program seumpama ini boleh hubungi kami, (KLIK DI SINI)
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: