Miss Stellar Borneo 2024
Автор: DJ ChanneL85
Загружено: 2024-10-05
Просмотров: 170
SARAWAK menjadi negeri pertama menganjur acara berprestij Miss/ Ms Stellar World Malaysia Borneo 2024.
Ms Stellar Malaysia Borneo merupakan acara anjuran Kimi Tomas Empire dan DCC Present Sdn Bhd dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kelab Seni Budaya Anak Sarawak (Kesera).
Seramai 14 peserta Borneo turut bersaing untuk gelaran Ms (lapan peserta) dan Ms Elite Stellar World Malaysia Borneo (enam peserta). Bagi kategori Ms, peserta berumur 30 hingga 44 tahun dan Ms Elite berumur 45 tahun ke atas.
Malam akhir akan diadakan di Grand Riverine Ballroom by Lok Thian, Kuching pada 30 Jun.
Lima terbaik akan mewakili Borneo di pentas kebangsaan untuk merangkul gelaran Ms dan Ms Elite Stellar World Malaysia yang pertama pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.
Berikutan itu, pada 2025, semua pemegang gelaran pula mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Ms Stellar World yang akan diadakan di Amerika Syarikat.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: