DS JEFFERY BAGI MASA ADUN STAR KEMBALI! WARISAN TOLAK KERJASAMA STAR?
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2025-10-08
Просмотров: 24192
KOTA KINABALU: Kenyataan Presiden STAR Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang memberi tempoh seminggu kepada lima ADUN parti itu yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menimbang semula keputusan mereka mendapat reaksi segera daripada kelima-limanya apabila mereka mengulangi pendirian untuk bertanding di bawah logo GRS.
Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, ADUN-ADUN berkenaan berkata mereka akan menggunakan logo GRS sebagai tanda kesetiaan terhadap mandat rakyat dan demi kestabilan Sabah.
Lima ADUN itu ialah Timbalan Presiden STAR Sabah Datuk Ellron Angin (Sook) dan Datuk Robert Tawik (Bingkor), Naib Presiden Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Datuk Annuar Ayub (Liawan) dan Datuk Flovia Ng (Tulid).
Mereka berkata, mereka kekal komited untuk terus bersama GRS dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
“Pada pandangan kami, kestabilan politik negeri dan kesinambungan pembangunan adalah keutamaan di bawah kerajaan Sabah sekarang. Justeru, kami berpegang teguh kepada mandat dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat.
“Kami tetap bertegas untuk kekal bersama GRS dan mempertahankan kerusi kami di bawah logo GRS,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, kelima-lima mereka tidak menyatakan sama ada mereka telah meninggalkan STAR.
Terdahulu pada Selasa, Kitingan berkata beliau akan memberi tempoh seminggu kepada lima ADUN berkenaan untuk kembali ke parti dan menimbang semula kedudukan mereka untuk kekal bersama GRS.
Beliau menegaskan bahawa mereka tidak akan lagi menjadi calon STAR Sabah sekiranya terus bersama GRS.
Sumber Berita
1. https://sabahgazette.net/5-adun-star-...
2. https://www.malaysiakini.com/news/757332
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: