NASI GAUL / KULAAN BANJAR (makanan tradisi orang Banjar) resepi lama dan rare
Автор: Qasey Honey
Загружено: 2021-06-27
Просмотров: 5913
#nasigaul #kulaanbanjar #reseporangbanjar #resepibanjar #resepiqaseyhoney #qaseyhoney #carasaya
pernah dengar nasi gaul atau kulaan banjar
resepi ni merupakan makanan tradisi masyarakat Banjar di Johor dan Selangor
lazimnya disajikan di majlis keramaian spt doa selamat, tahlil & kenduri kahwin
resepi ni semakin dilupakan dan hanya sebahagian masyarakat Banjar yang tahu dan mahir menyediakannya
QH tak pernah rasa lagi nasi gaul ni
masih belum ade peluang lagi untuk rentas negeri balik kampung untuk cuba nasi gaul ni yang sebenar
dapat tahu pon baru sekarang..
sebab pandemik ni..
rasa tak sabar nak mencuba tu meluap² la kan
jadinya QH mencuba buat sendiri di rumah
bila google tu ade banyak pilihan resepi nasi gaul ni
tak pasti mana yang benar² resepi aslinya
yang share resepi ni orang banjar jugak tau
hasil carian..resepi ni yang paling tinggi di goggle
resepi ni juga paling mudah dan senang
QH memang suka mencuba resepi rare atau lama begini
hasil dari cubaan tu.. Alhamdulillah memang sedap
walaupon resepinya terlalu simple
cara untuk makan nasi ni..
gaulkan semua dulu dan baru makan
tu sebab dinamakan nasi gaul atau kulaan banjar
nak lagi sedap buat la dalca terung.. adalah berkuah sikit nanti
cara memasak resepi ni mengikut apa yang QH paham la
jika ada kekurangan dari video di atas.. minta maaf ye
boleh tegur dan betulkan mana yang salah
ok la jom cuba resepi rare ni.. pasti puashati!
NASI GAUL
hidangan 3-4 org
NASI
2 cawan beras basmathi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak sapi
3 cawan air rebusan ayam
AYAM
1/2 ekor ayam
1/2 cawan sos tomato
4 cawan air
garam secukup rasa
rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
ACAR BANJAR
1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada merah
2 biji lada hijau
1 biji bwg besar
1/4 cawan sos tomato
1 inci belacan - di bakar
1 cawan air panas
garam dan gula secukup rasa
selamat menonton
teruskan sokongan dan subscribe
supaya lebih bersemangat lagi utk kongsikan resepi2 yg lg menarik.. in shaa Allah
maaf jika ade kekurangan di dalam video ni
jangan lupa untuk subscribe
untuk resepi yang lain sila layari blog
http://www.qaseyhoney.com/
jangan lupa follow
instagram / qaseyhoney
facebook / qaseyhoney
fanpage / qaseyhoney.qh
tiktok @qaseyhoney
jangan lupa untuk subscribe
jangan lupa untuk subscribe
terima kasih kerana like, komen dan menonton
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: