Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang | Pantai Awam Paling Best di Pahang (4k Video)

Автор: Fawwaz Media

Загружено: 2022-05-29

Просмотров: 34309

Описание:

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang terkenal di Pahang. Ia terletak 5 KM dari tengah Bandar Kuantan. Ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri kerana keindahan pantai serta fasiliti yang disediakan oleh pihak berwajib.

Dikatakan pantai ini mendapat nama Teluk Cempedak kerana terdapat banyak tanaman pokok cempedak di kawasan ini pada suatu ketika dahulu.

Terdapat pelbagai kemudahan di sini yang dijaga sangat baik. Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.

Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang.

Terdapat banyak kedai makan di sini termasuklah McDonald’s, Subway, dan Starbucks. Jika ingin mandi-manda, pastikan bendera merah tidak berkibar. Ini kerana berlaku beberapa kejadian tidak diingini di sini apabila ada pengunjung yang tidak menghiraukan bendera amaran.

Jika hanya mahu merakam pemandangan indah, bolehlah menyusuri jambatan merah yang membawa penghujung ke penghujung pantai. Terdapat beberapa buah gazebo untuk anda melepaskan lelah seketika. Satu peringatan, hati-hati dengan monyet-monyet liar yang banyak berkeliaran.

Sudah tentu tarikan utama TC adalah pantainya yang cantik dan berpasir putih. Selain itu, batu-batu besar semula jadi pelbagai bentuk dan saiz menjadi antara dekorasi menarik di pesisir pantai.

Kalau anda sukakan ‘alam dan fauna’ berdekatan dengan Teluk Cempedak ada hutan simpan yang boleh anda daki. Trek di Teluk Cempedak ini boleh anda lalui dan habiskannya sehingga ke Pantai Pelindung.

Kebersihan di kawasan pantainya amat dijaga kerana pihak berkuasa tempatan tidak mahu imej destinasi indah yang menghadap Laut China Selatan itu dan kian dikenali dalam pelancong asing terjejas.

Untuk kesini, pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

TC juga menjadi tempat tinggalan sejarah lama berikutan kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertahankan kawasan itu daripada serangan tentera Jepun pada 1941.

Kubu berkenaan dijaga rapi dan sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk tempatan akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu.

Saban hari pantai ini memang dikunjungi oleh ramai pelancong. Hujung minggu memang lagi ramai dan menjadi tumpuan warga kota. Boleh katakan di sini antara lokasi santai yang paling disukai oleh orang ramai.

#malaysia #fawwazmedia

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang | Pantai Awam Paling Best di Pahang (4k Video)

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

Потери России и Украины в период СВО. Разбор и анализ.

Потери России и Украины в период СВО. Разбор и анализ.

ŻONY DLA PRZYKRYWKI: 10 Aktorek PRL, które wyszły za mąż, by ukryć ORIENTACJĘ męża

ŻONY DLA PRZYKRYWKI: 10 Aktorek PRL, które wyszły za mąż, by ukryć ORIENTACJĘ męża

Teluk Cempedak | Kuantan

Teluk Cempedak | Kuantan

ECRL Selangor: Gombak (Januari 2026)

ECRL Selangor: Gombak (Januari 2026)

FINAL U40 🔥 AYI FC TAPAL BATAS (Saka Palas Jaya) VS LEGEND GUNTUNG (Guntung) LIVE TELUK PUNDUR 2026

FINAL U40 🔥 AYI FC TAPAL BATAS (Saka Palas Jaya) VS LEGEND GUNTUNG (Guntung) LIVE TELUK PUNDUR 2026

Apa yang best kat Kuantan ni ? | 4K Video | Travelog Pahang

Apa yang best kat Kuantan ni ? | 4K Video | Travelog Pahang

ДОСТОЕВСКИЙ: СЕКРЕТНЫЕ ДНЕВНИКИ о ЕВРЕЯХ! то что скрывали 140 ЛЕТ после смерти ГЕНИЯ!

ДОСТОЕВСКИЙ: СЕКРЕТНЫЕ ДНЕВНИКИ о ЕВРЕЯХ! то что скрывали 140 ЛЕТ после смерти ГЕНИЯ!

6 kedai makan wajib kunjung di Kuantan ! Honest Review by Aqmar the FOOD EXPERT !

6 kedai makan wajib kunjung di Kuantan ! Honest Review by Aqmar the FOOD EXPERT !

LTU Seksyen 3D & 3C: Mentara - Tanah Putih - Bulatan Gua Musang - Bandar Baru (Januari 2026)

LTU Seksyen 3D & 3C: Mentara - Tanah Putih - Bulatan Gua Musang - Bandar Baru (Januari 2026)

Kuantan City 2025, Pahang, Malaysia

Kuantan City 2025, Pahang, Malaysia

PANTAI TELUK CEMPEDAK | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG

PANTAI TELUK CEMPEDAK | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG

HYATT REGENCY KUANTAN RESORT, TELUK CEMPEDAK, KUANTAN, PAHANG.

HYATT REGENCY KUANTAN RESORT, TELUK CEMPEDAK, KUANTAN, PAHANG.

TRIP KE KUANTAN 3H2M | Travelog Jalan-Jalan Makan-Makan

TRIP KE KUANTAN 3H2M | Travelog Jalan-Jalan Makan-Makan

LTU/CSR Seksyen 2B: Chiku - Bukit Sejuk

LTU/CSR Seksyen 2B: Chiku - Bukit Sejuk

Tempat Menarik Pahang ~ Pantai Sepat, Kuantan.

Tempat Menarik Pahang ~ Pantai Sepat, Kuantan.

5 - 1 TEMPAT MAKAN BEST di KUANTAN

5 - 1 TEMPAT MAKAN BEST di KUANTAN

Top 9 Things to Do in Kuantan, Malaysia | Hidden Gems & Scenic Spots

Top 9 Things to Do in Kuantan, Malaysia | Hidden Gems & Scenic Spots

This City Of Kuantan Malaysia Is Not What I Expected!!

This City Of Kuantan Malaysia Is Not What I Expected!!

CSR 2B 30 DISEMBER 2025

CSR 2B 30 DISEMBER 2025

KUANTAN HIDDEN GEMS | Tarikan yang WAJIB dikunjungi #Malaysia #Kuantan #Pahang #Nanami

KUANTAN HIDDEN GEMS | Tarikan yang WAJIB dikunjungi #Malaysia #Kuantan #Pahang #Nanami

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: infodtube@gmail.com