HELP University Edar 400 Bekas Bubur Lambuk Sempena Ramadan
Автор: HELP University
Загружено: 2025-03-29
Просмотров: 193
Julung kalinya, program memasak dan mengedar Bubur Lambuk diketuai oleh Jabatan Pemasaran & Komunikasi Universiti HELP dengan kerjasama ketua jabatan serta pelajar-pelajar Mata Pelajaran Umum (MPU) bagi subjek Khidmat Masyarakat dan juga sukarelawan dari kakitangan universiti pada hari Jumaat, 14 Mac 2025 bertempat di Kampus Subang Bestari. Program ini juga mendapat sambutan yang amat menggalakan serta berjaya mendapat tajaan minuman dari pihak Yeo's Malaysia dan juga tajaan bekas makanan mesra alam dari NetsEco untuk Bubur Lambuk tersebut. Sebanyak 400 bekas Bubur Lambuk telah diedarkan di sekitar komuniti Subang Bestari, Pusat Gelandangan Medan Tuanku dan Jalan Chow Kit. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami berharap edaran Bubur Lambuk ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penerima sebagai juadah berbuka puasa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami keluarga HELP.
#HELPUniversity #Ramadan2025 #HELPRamadan #buburlambuk #subangbestari #Marcomm #MPU #khidmatmasyarakat
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: