“SAYA BANGGA KUASAI LOGHAT UTARA”, CEMPAKA @ LIM CHIA WEI
Автор: Magic Fingers
Загружено: 2024-07-09
Просмотров: 901
“SAYA BANGGA KUASAI LOGHAT UTARA”, CEMPAKA @ LIM CHIA WEI
Ruangan : Wawansabda Bahasa
Editor : Yusaida Yusof
Penulis : Rosli Mohd Nordin
Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn
Jurufoto & Videografer : Azrul Azizi Aziz (IG : @azrul_azizi_aziz)
Lokasi : Rimbun Gasing, Petaling Jaya
Majalah : Dewan Bahasa
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
Isu : Ogos 2024
“SAYA BANGGA KUASAI LOGHAT UTARA”
CEMPAKA @ LIM CHIA WEI
Oleh : Rosli Mohd Nordin
Gadis manis, tinggi lampai, kulit kuning langsat dan berpewatakan sangat mesra di pelantar media sosial dengan menggunakan nama Cempaka menarik perhatian saya untuk mengenali si empunya badan dengan lebih dekat. Nama alam maya di pelantar TikToknya ialah Cempaka, manakala nama sebenar beliau ialah Lim Chia Wei. Berketurunan Cina dan Siam, graduan dalam bidang kejuruteraan, kini merupakan seorang jurutera yang bekerja di Namibia dalam industri gas dan minyak.
Kecantikan dan latar akademik yang sangat cemerlang menyebabkan Cempaka wajar menjadi suri tauladan kepada ribuan remaja dan belia khususnya yang merasakan tidak perlu cemerlang dalam akademik dan hanya menggunakan pelantar media sosial untuk menjana pendapatan.
Sepanjang hampir dua jam menemuramah Cempaka, masa terasa terlalu singkat, manakan tidak daripada berkongsi latar belakang dan latar akademik Cempaka hinggalah pelbagai topik melibatkan motivasi diri, kesihatan, kerjaya dan kepentingan pemikiran kritis dibincangkan secara santai dan berilmiah.
Ikuti pandangan peribadi Cempaka dalam pelbagai aspek kehidupan bersama saya dan jurukamera dan jurufoto, Azrul Azizi Aziz.
Latar belakang Cempaka.
Saya lahir dan membesar di sebuah kampung di Kuala Perlis, Perlis. Persekitaran yang dilitupi kehijauan pelbagai tanaman kontan, tanaman buah-buahan seperti mangga, mempelam, rambutan, sawah padi serta pelbagai flora dan dan faunanya menyebabkan saya amat betah dengan aktiviti lasak.
Ia secara langsung dan tidak langsung menyediakan diri saya untuk mempunyai kemahiran ikhtiar hidup (surviving skills) yang sesuai dengan bidang kerjaya pilihan saya dalam industri minyak dan gas. Selain itu, kemahiran ikhtiar hidup juga sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan zaman milenia ini yang penuh dengan pancaroba yang tersendiri.
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C), Choon Siew di Kuala Perlis. Ibu menghantar saya ke sekolah SJKC kerana mahu saya menguasai bahasa ibunda kami iaitu Mandarin tidak sahaja bercakap malah menulis dan membaca. Selepas menamatkan persekolahan di sekolah rendah tersebut, saya menyambung persekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis.
Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik, hanya saya sahaja bunga, tiga orang lagi adalah kumbang. Ibu saya bernama Khor Chooi Hoon dan ayah saya pula bernama Lim Poh Hai, kedua ibu bapa saya mempunyai darah Siam. Jadi saya ini merupakan generasi ketiga berketurunan Cina-Siam.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: