SAMAN RM10 JUTA SAIPUL VS FAISAL! BERSATU BERLAWAN SESAMA SENDIRI!
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2026-01-17
Просмотров: 1527
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan telah memulakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Menerusi kenyataan hari ini, Wan Saiful mempertikaikan kenyataan Tun Faisal dalam saluran YouTube, ‘The Tiger Show Podcast’ pada 31 Oktober 2025 yang bersifat fitnah.
Sehubungan itu, beliau menerusi peguam Tetuan Bahar Rusnan & Associates telah menghantar Surat Tuntutan bertarikh 3 Disember 2025 menuntut supaya Tun Faisal, antara lain menarik balik sepenuhnya kenyataan yang dipertikaikan dan yang bersifat fitnah tersebut.
Bekas pemimpin Bersatu yang telah ditamatkan keahlian parti pada tahun lalu berkenaan turut Tun Faisal untuk menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dan dalam bentuk video, mengikut terma-terma yang akan ditentukan oleh Wan Saiful.
Selain itu, Tun Faisal juga dikehendaki memberikan satu jaminan dan aku janji bertulis tidak akan mengulangi kandungan kenyataan yang dipertikaikan dan yang bersifat fitnah tersebut.
Dalam masa sama sama, Wan Saiful menuntut Tun Faisal untuk menanggung rugi dan memberi indemniti kepadanya berhubung segala kos dan perbelanjaan yang telah dan akan ditanggung oleh Wan Saiful berkaitan dengan perkara tersebut.
Turut dituntut bayaran pampasan kepada Wan Saiful melalui ganti rugi berjumlah RM10 juta.
Sumber Berita
1. https://harapandaily.com/2026/01/18/w...
2. https://www.bharian.com.my/bisnes/pas...
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: