Update Perobohan Stadium Shah Alam ( Khamis, 14 Nov. 2024 )
Автор: gshock active
Загружено: 2024-11-14
Просмотров: 2868
Selamat petang, alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini untuk membolehkan admin update apa progress kerja perobohan selepas 6 hari. Kebelakangan ini hujan sangat lebat dan pastinya kawasan Seksyen 13 di mana menjadi hotspot banjir kilat menjadi perhatian netizen. Di sini juga terletaknya stadium Shah Alam di mana seperti kita ketahui proses perobohan sedang giat di lakukan. Mungkin kita semua tertanya- tanya bagaimanakah nanti sekiranya stadium baharu ini adakah akan di tenggelami banjir? Sudah tentu kontraktor dan kerajaan negeri telah mengambil kira permasalahan ini di dalam rancangan pembangunan. Itu mungkin kita akan bincangkan nanti. Fokus sekarang di harapkan tapak stadium tidak banjir lah kerana sistem saliran sekarang sudah di bongkar dan proses perobohan di hujung tahun mungkin akan perlahan tetapi masih lagi mendahului jadual. Di harapkan banjir kilat tidak menjejaskan momentum perobohan dan seperti kita lihat di jangkakan awal Disember 2024, keseluruhan struktur sebelah pintu masuk hadapan akan dapat di robohkan sepenuhnya. Ini boleh di lihat melalui banyaknya jentera yang bertumpu di sekitar kawasan baki 5 column struktur yang berbaki. Dalam pandangan mata admin sekiranya mengikutkan durasi perobohan 2 minggu lagi kita akan lihat kesemua struktur ini akan hilang dari pandangan. Selepas itu semua jentera akan fokus di struktur belakang dan selebihnya akan melakukan earthworks bagi memecahkan struktur di dalam tanah
Sources ( wikipedia ), The Star 9 March 12, 2021
Track: Ariis - From The Top [NCS Release]
Music provided by NoCopyrightSounds.
Watch more NCS on YouTube: https://NCS.lnk.to/YouTubeAT
Free Download / Stream: http://ncs.io/FromTheTop
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: