Pelancaran Program Ihya Ramadan 2021 SK Bandar Tenggara 1
Автор: cocosprado
Загружено: 2021-04-19
Просмотров: 594
PENGENALAN
Bulan Ramadan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama yang akan dilaksanakan oleh panitia Pendidikan Islam walaupun kita semua berada di dalam situasi pandemik covid – 19.
MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.
OBJEKTIF
Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al Mubarak.
Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan.
Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah.
SASARAN
Pelajar-pelajar
Guru dan staf sokongan
AKTIVITI
Istiqbal Ramadan
Tadarus / Tilawah Al-Quran ( Murid )
Tadarus / Tilawah Al-Quran ( Guru & Akp )
Tazkirah Ramadan
Khatam Al-Quran
Bacaan Yaasin Perdana
Pertandingan ( Nyanyian solo lagu kerohanian, sajak dan mewarna tahap 1)
Wada’ Ramadan (Penutup)
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: