RESEPI KUIH LAPIS
Автор: Bake With Hyu
Загружено: 2020-09-08
Просмотров: 1398
Hi semua. Kali ni hyu nak share resepi baru iaitu resepi kuih lapis. Resepi ni mmg sering digunakan oleh hyu setiap kali membuat kuih lapis
Untuk resepi kuih lapis ni, hyu menggunakan loyang saiz 8 inci. Anda boleh jugak gunakan loyang 6 atau 7 inci (lapisan adunan akan menjadi sedikit tinggi).
Selain itu, anda boleh gunakan warna kesukaan anda ya. Tak perlu gunakan warna seperti hyu guna di dalam video. Yang nak buat warna warni pun bolehhh..
Loyang 8inci @20 cm
Resepi Kuih Lapis
200g tepung beras
100g tepung ubi kayu(tapioca)
900ml santan cair+ 2 helai daun pandai
(Dimasak sehingga suam lalu biarkan hingga sejuk sebelum tuang ke dalam tepung)
180g gula ( nak kurang pun boleh)
1/2 sdk garam
Jangan lupa oleskan minyak masak pada permukaan dan keliling loyang.
Kukus selama 5 minit untuk setiap lapisan
Dan kukus 20 minit untuk lapisan terakhir
Untuk pertanyaan, boleh comment di bawah. Selamat mencuba . Jangan lupa subscribe!!!
#resepikuihlapis
#kuihlapis
#kuihlapistradisional
#resepikuih
#caramembuatkuihlapis
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: