Kenapa Namakan Syarikat nanoSkunkWorkX ?
Автор: Ekonomi Rakyat
Загружено: 2025-12-05
Просмотров: 97
Dr Amani Salim, seorang innovator, Jurutera-Saintis, CTO dan Pengasas Bersama nanoSkunkWorkX telah menghadiri sesi temubual bersama Ekonomi Rakyat semasa WE2025: Future in Motion berlangsung pada 25-27 November 2025.
Beliau pernah dilantik sebagai Penyelidik Utama (PI) Muslim bukan-Amerika pertama bagi projek NASA selepas menamatkan pengajian ijazah Doktor Falsafah di Purdue.
Dr. Amani turut terlibat dalam projek kritikal di bawah organisasi berprestij seperti NASA, EPA, NSF, dan NIH. Kini, beliau menyalurkan bakatnya ke arah keusahawanan dengan memacu inovasi yang memberi impak di Malaysia melalui syarikat miliknya, nanoSkunkWorkX.
Dalam sesi temubual ini, beliau telah berkongsi pengalaman berkhidmat di Amerika Syarikat, cabaran dalam membangunkan start-up serta maksud dan idea disebalik nama NanoSkunkWorkX.
WE2025: Future in Motion merupakan inisiatif utama Malaysia ke arah memperkasa wanita dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kepimpinan yang dianjurkan oleh Qube Integrated Malaysia.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: