Popia Sira Sambal dan sos popia biasa yang sedap !
Автор: Azlita Masam Manis
Загружено: 2020-04-24
Просмотров: 95217
Baru-baru ni viral cara tanam taugeh sediri di rumah. So kak ita pun cuba tanam sendiri taugeh. Mungkin ada yang tanya ok ke? haha.. ok kalau nak rasa macam mana cara tanam taugeh. Tapi kalau setakat nak buat me goreng beli je lah 50 sen dari kita nak tunggu 3 hari hihi. Lagi pun taugeh banyak susah simpan ia cepat lecuh. Tapi untuk dapat pengalaman baru.. ia satu yang fun lagi -lagi dalam musim PKP ni. Tak salah mencuba!. Taugeh ni lebih rangup dari yang dijual di kedai atau pasar.
Cara tanam mudah je.. cari je apa-apa bekas yang berlubang macam tapis ke atau kukus pun boleh, lapik kain atau towel nipis untuk serap air dan tempat taugeh tu tumbuh. Siram 3 kali sehari dan simpan di tempat gelap yang tiada cahaya matahari. Mudah je kan.. Boleh lah kalau nak cuba !
Dah banyak taugeh ni nak buat apa?
kak ita buat popia dengan sambal popia atau popia ni juga boleh di sira sambal.. yummy!
Jom ikut kalakan proses memasak.
POPIA
Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulasbawang putih
1 sudu besar udang kering
1 mangkuk taugeh
1 batang lobak merah ~ di sagat halus
biji kecil sengkuang ~ racik halus
Daun kucai
Kulit popia secukupnya
cara masak rujuk video
untuk lekatkan kulit popia tu letak sedikit tepung andum bacuh dengan sedikit air untuk jadikan gum
Bahan sos
untuk bahan sos ni boleh bahagi 2
satu bahagian untuk sos dan satu bahagian boleh buat sira popia
Bahan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam lembut
4 ulasbawang putih
bahan perisa
gula melaka
gula pasir
1 sudu besar cuka
garam dan serbuk perasa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
ambil 1/2 bahagian bahan kisar dan tumis dengan sedikit minyak.
kalau tak nak tumis dengan minyak, buat kaedah rebus
masukkan air dalam kuali, biar didih kemudian masukkan bahan kisar yang 1/2 bahagian tadi dan rebus hingga masak
Kemudian masukkan lah gula melaka, cuka, gula , garam dan serbuk perisa
masukkan sos cili, sos tiram, cuka dan sedikit kicap jika suka
jika suka kuah cair , lebihkan air. Jika suka pekat boleh letak sedikit bancuhan tepung jagung
ikut lah suka macam mana ikut selera masing-masing
sos ni boleh lah makan dengan popia ni nanti. nak makan dengan keropok lekor pun boleh
Ok ! baki 1/2 bahagian cili boleh buat popia sira pedas
POPIA SIRA
Popia yang sudah di goreng
1/2 bahagian cili
panaskan sedikit minyak
tumis hingga garing
Masukkan gula dalam 8-10 sudu besar, gula biar lebih untuk bagi kilat cili kita, macam caramel lah.
masukkan perisa, garam dan serbuk perasa
biar dia masak sampai berbuih
tambur 1 sudu bijan
biarkan sedikit suam ~ jangan panas nanti popia lembik. Jangan tersejuk kuah akan keras atau beku
Bila suam siralah popia, jarakkan lepas sira supaya dia tak melekat-lekat. Dah sejuk sikit boleh lah di hidangkan..
Sedap ni buat untuk berbuka puasa petang nanti
#stayathome
#selamatberpuasa
#uadahberbukapuasa
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: