INTRODUCING TEAM KESUNAS ALAGOM 2025 🏓🏐⚽️🏸♟️
Автор: SMI Al-Amin Gombak
Загружено: 2025-05-03
Просмотров: 421
[HEBAHAN RASMI DIGITAL]
Jabatan kokurikulum dengan rasa bangga ingin memaklumkan bahawa Kontinjen Alagom akan menyertai Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) anjuran Musleh Integrated Education yang berlangsung pada hari ini Ahad, 4 Mei 2025 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak.
Seramai 78 orang atlet, 6 orang sukarelawan dan 8 orang guru pengiring akan membawa nama sekolah dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan.
Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan Pasukan Alagom agar diberikan keselamatan dalam perjalanan, kekuatan dalam perjuangan, serta semangat juang yang tinggi demi mengharumkan nama sekolah tercinta.
Peluh menitis tanpa keluhan,
Berjuang kami penuh harapan.
Kurniakan kami kemenangan,
Agar terukir kejayaan gemerlapan.
#KontinjenAlagom
#KESUNAS25
#SMIAAG
#MuslehKita
#SemangatJuangTakkanPernahHening
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: