SS431 PICK YOUR CARD (PYC) GAME FROM KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
Автор: Herry Ginat
Загружено: 2026-01-17
Просмотров: 15
Adakah anda BOSAN dengan kaedah pembelajaran tradisional yang kaku dan membosankan?
Kini tiba masanya untuk ubah suasana bilik darjah anda dengan inovasi permainan interaktif yang direka khas untuk topik pemfailan!
Video ini memaparkan pembentangan inovasi permainan pemfailan yang telah diuji bersama pelajar Kolej Vokasional – satu pendekatan baharu yang menggabungkan elemen permainan, kolaborasi kumpulan dan pembelajaran aktif.
PICK YOR CARD GAME (PYC GAME) direka khas sebagai bahan bantu mengajar yang memenuhi keperluan pembelajaran secara mudah dan praktikal. Selain itu, ia turut menggalakkan komunikasi, kerjasama antara pelajar, serta pemikiran kritis secara santai. P.Y.C GAME merupakan permainan pembelajaran interaktif yang membantu pelajar memahami pengurusan sistem fail dengan cara lebih menarik dan menyeronokkan. Ia merupakan permainan pendidikan dan pembelajaran mengenai pemfailan direka khas untuk membantu pelajar memahami sistem pengurusan fail dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Objektif inovasi ini adalah untuk memadankan jenis kad yang sesuai ke dalam papan permainan, menggalakkan interaksi sosial antara kumpulan, melatih pemikiran kritikal dan memudahkan pemahaman pelajar dalam pengurusan pemfailan secara praktikal.
Dalam inovasi kali ini juga, kami juga telah membuat penambahbaikan dengan menekankan elemen warna yang pelbagai dalam penyediaan kad soalan dan papan padanan.
📣 SOKONG KAMI!!!
Kalau anda rasa inovasi ini bermanfaat, tekan:
👍 LIKE
💬 KOMEN pendapat anda
🔔 SUBSCRIBE untuk lebih banyak kandungan pendidikan interaktif!
#InovasiTVET #pembelajaraninteraktif #pembelajaranaktif #gamebasedlearning #KolejVokasional #InovasiGuru #BelajarSambilMain #EduGame #PembentanganInovasi
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: