Cara Buat Perangkap Lalat Buah Untuk Atasi Masalah Buah Berulat. How to Make Fruit Fly Trap
Автор: Ilmu Tani
Загружено: 2020-12-29
Просмотров: 85046
Mana nak dapat hormon dalam video ni? Dapatkan dari sini: https://shopee.com.my/product/1776134...
Tahukah tuan puan? Ulat dalam buah terjadi disebabkan oleh lalat buah. Lalat buah betina menyuntik telurnya pada buah ketika buah belum matang.
Telur ini akan menetas menjadi larva (ulat) yag sering kita jumpa dalam buah-buahan seperti mangga, belimbing, betik, jambu, limau, cili, tomato, dan lain-lain.
Untuk mengatasi masalah ini, populasi lalat buah perlu dikawal dengan membuat perangkap seperti yang ditunjukkan dalam video ini.
Lalat buah jantan akan tertarik untuk mengawan dan terperangkap dalam perangkap yang dibuat. Kesannya, lalat buah tidak dapat membiak dan populasinya dapat dikawal.
Peringatan: perangkap perlu diletakkan jauh daripada pokok buah-buahan kerana kita mahu menarik lalat buah jauh daripada pokok. Perangkap yang diletakkan berdekatan dengan pokok mungkin memburukkan keadaan kerana lebih banyak lalat buah yang datang.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: