GEMPAK! MP PN KETEREH KANTOI MENIPU! YIDDIN KEKAL JADI PENGERUSI PN?
Автор: ORAITNOPO Channel
Загружено: 2026-01-23
Просмотров: 6892
Seorang bekas pegawai tentera tampil menempelak kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor yang menafikan kewujudan amalan ‘yeye’ dalam institusi ketenteraan.
Kapten (B) Mohamad Saad @ Yahaya secara terbuka mempersoalkan kenyataan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) berkenaan dengan mendakwa amalan buruk itu sememangnya wujud, khususnya pada era 1980-an.
Menurutnya, amalan ‘yeye’ sudah bermula seawal minggu pertama melapor diri di unit, termasuk tugasan menguruskan ‘yeye’ di mess pegawai.Beliau mendakwa, pada ketika itu mess mempunyai bar dan minuman keras mudah diperoleh, malah amalan ragging turut melibatkan paksaan meminum arak atau minuman lain sebagai hukuman.
Terdahulu, Khlir di Parlimen menegaskan bahawa dia sudah menampar pihak yang terlibat dengan amalan ‘yeye’ jika benar-benar berlaku.
Mengulas lanjut, Mohamad turut mendedahkan pengalaman ragging ekstrem yang didakwa berlaku ketika itu, termasuk dipaksa menelan minuman dalam kuantiti besar.
Selain itu, ujarnya, ada paksaan minum budu menggunakan straw, tidur dalam kolam, serta perbuatan memalukan lain yang disifatkannya sebagai amalan zaman jahiliah.
“Tidur memang dalam kolam. Bogel dah tentu. Yang paling tak tahan, tangan kena pekup ‘burung’… kalau tak, ikan tilapia mai gigit…,” ujarnya.
Sehubungan itu, Mohamad menyifatkan penafian Khlir sebagai tidak jujur dan menegaskan bahawa pengalaman mereka berada dalam tentera adalah pada era yang hampir sama.
Justeru, beliau yang pernah menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu, mempersoalkan keperluan untuk menafikan perkara tersebut di Dewan Rakyat.“Bab yeye tu, kau tak payah temberanglah. Kau nak muhong walaun bolehlah. Nak tampar orang buat maksiat… kepala toya.
“Zaman aku dengan hang bukan jauh beza pun… Tak payahlah dalam Parlimen pun nak muhong,” tempelak Mohamad lagi.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video mendakwa berlaku amalan tidak bermoral dan perlakuan tidak senonoh dengan etika perkhidmatan di dalam kem tentera.
Kementerian Pertahanan kemudian menegaskan tindakan termasuk pendakwaan di Mahkamah Tentera akan diambil terhadap 15 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam amalan ‘yeye’ itu.
Sumber Berita
1. https://harapandaily.com/2026/01/22/y...
2. https://harapandaily.com/2026/01/23/m...
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: