Maulana Asri - Takwilan Terbaik Bagi Sifat Istiwa
Автор: Galeri Ilmu Maulana Asri
Загружено: 2025-07-03
Просмотров: 390
𝗧𝗔𝗞𝗪𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔’
Banyak perkataan yang mempunyai sinonim, tetapi maksudnya tetap tidak serupa. Misalnya, dalam Bahasa Melayu, perkataan “terjatuh” boleh diseertikan dengan perkataan tertiarap, terlentang, tersungkur, tersembam, terguling dan banyak lagi.
Meskipun semua perkataan itu membawa maksud terjatuh, tetapi maksudnya berbeza mengikut cara seseorang itu terjatuh.
Maka, demikianlah juga halnya dengan Bahasa Arab. Kerana itulah orang yang mahu mengkaji al-Quran, perlu mengetahui latar bagi setiap perkataan yang diungkapkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran.
Contohnya, Allah menyebut di dalam al-Quran:
ٱلرَّحۡمَٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ
Maksudnya: “(𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣) 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙝𝙖 𝙋𝙚𝙢𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙞𝙩𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙨𝙩𝙞𝙬𝙖’ 𝙙𝙞 𝙖𝙩𝙖𝙨 ‘𝘼𝙧𝙖𝙨𝙮.”
𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗛𝗢-𝗛𝗔 (𝟮𝟬) : 𝟱
Kenapa Allah memilih nama “ar-Rahman” di dalam ayat tersebut dan tidak selainnya, sedangkan Dia mempunyai 99 nama?
Dan hakikatnya, kalau diperhatikan di dalam al-Quran, kita tidak akan menemui walau satu pun ayat yang menyebut “Allah beristiwa’ di atas ‘Arasy.” Kenapa?
Jawapannya, adalah kerana mahu menunjukkan yang Allah menguasai sekalian alam ini dengan sifat-Nya Yang Maha Pemurah; bukan dengan sifat qahr (paksaan), jabr (kekerasan) atau intiqam (membalas dengan hukuman), yang mana hal ini selari dengan firman-Nya yang berbunyi:
وَرَحۡمَتِي وَسِعَتۡ كُلَّ شَيۡءٖۚ
Maksudnya: “𝘿𝙖𝙣 𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩-𝙆𝙪 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙥𝙪𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪.”
𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗔’𝗥𝗔𝗙 (𝟳) : 𝟭𝟱𝟲
Maka, inilah takwilan sifat istiwa’ yang terbaik bagi sesiapa yang cenderung kepada aliran ahlu at-ta’wil.
Wallahu a’lam.
🪙 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 ▶️ https://toyyibpay.com/Infaq-Kuliah
📺 𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 ▶️ • Maulana Asri - Takwilan Terbaik Bagi Sifat...
🔗 𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗟 ▶️ https://www.almafhum.net/blog/takwila...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: