Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

Keberkesanan dolomite kepada durian. Update 12 hari selepas tabur

Автор: D'kebun Andak

Загружено: 2021-10-12

Просмотров: 26340

Описание:

#musangking #durian #kolam

KAPOR PERTANIAN merupakan sejenis bahan mineral yang didakwa menyuburkan tanah selain daripada baja. Kebanyakan petani akan menggunakan kapor jenis seperti Cristmas Island Rock Phosphate (CIRP) atau pun Ground Mangnesium Limestone (GML)  dimana jenis bahan yang terbaik kini adalah Dolomite. Dolomite adalah merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur bahan Magnesium (MgO) dimana kehadirannya adalah melebihi 18%.

Apa yang penulis blog hendak kongsi info dimana dolomite juga bahan yang mengandungi bahan Kalsium (Ca). Sebenarnya fungsi dolomite didalam industri adalah banyak termasuk ia digunakan didalam industri pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan semasa proses dalam pembuatannya. Dalam pada semasa pembinaan rumah akan ditabur bahan dolomite bertujuan mengelakan serangan anai-anai (termite).

Bagaimana pun pembaca juga perlu tahu dimana dolomite paling meluas digunakan didalam sektor pertanian khususnya dalam tenaman untuk menyuburkan tanah.  Ini kerana penggunaan batu kapor semenjak dahulu memang telah digunakan secara meluas untuk menaikan keasidan tanah sebagai perawat tanah atau 'soil confitioner' sejak lebih berpuluh-puluh tahun.

Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus didalamnya akan mempebaiki pH tanah sehingga optimum untuk baiki pertumbuhan tanaman. Didakwa dolomite merupakan bahan terbaik digunakan didalam merawat tanah dengan kos yang ekonomik dan keberkesanan terbaik. Bagi jenis asidik keperluan dan keberkesanan penggunaan dolomite amat signifikan untuk tumbesaran tanaman terutamanya tanaman makanan. Tanah gambut yang rata-rata masam akan bertambah subur setelah dolomite ditabur diatasnya.  

Kadar penggunaan dolomite dalam kebun berbeza-beza mengikut jenis tanah, tahap kemasaman tanah, jenis tanaman dan juga pengurusan kebun atau ladang. Semasa penulis belajar dahulu dijelaskan dimana biasanya untuk seekar tanah (0.4 hektar) akan diberitahu diperlukan tabur sebanyak 7 beg kapor untuk merawat tanah. Ini juga bermakna kalau dikira dengan mudah satu beg beratnya 50 kg bermakna jumlah ditabur adalah sebanyak 350 kg bahan kapor. 

Kadar ini juga akan ditingkatan sehingga sebanyak 1 metrik tan bergantung kepada kemasaman tanah. Kemudian setelah ditabur kapor atau dolomite dan diperiksa dengan alah pH meter dimana didapati tahap keasidan masih tinggi lagi maka boleh disesuaikan semula kadar kapor diberikan. Penggunaan bahan dolomite dilaporkan lebih ekonomik atau lebih murah daripada penggunaan bahan zeolite. Bagaimana pun jika tanah yang hendak diusahakan itu beralkali maka bahan yang sesuai digunakan untuk mengimbangi tahap kesuburan tanah adalah Sulfur. 

Dalam pada itu pemberian kapor boleh ditabur terus keatas tanah atau dicampurkan didalam bahan kompos dimana ia menambah bahan unsur mineral didalam baja kompos tersebut. Ada laporan dimana baja dolomite amat sesuai untuk tanaman jenis Citrus (limau) kerana pokok limau adalah tanaman yang banyak perlukan bahan Magnesium (Mg) untuk pertumbuhan baik. Dalam sektor ternakair pula lazimnya kapor atau dolomite ditabur didalam dasar kolam untuk membunuh patogen merbahaya, menaikan pH tanah dan merawat sisa-sisa kimia yang ada didalamnya.

Didalam beberapa testimoni syarikat dan petani didakwa dimana baja dolomite  memang mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan. Pertaman baja dolomite ini memberikan daya kesuburan tanaman. Ini disebabkan dimana baja dolomite memang kaya dengan unsur makro nutrien seperti Unsur Magnesium (18-23%) dan juga Unsur Kalsium (30-34%). Para saintis dakwa dimana antara asas kebaikan Magnesium (MgO) adalah dimana dolomite ada keupayaannya untuk Mg ini menarik unsur Nitrogen dan unsur Posforus (N,P) dalam tanah. Bahan Magnesium ini didakwa mampu untuk menghijaukan daun dengan cara meningkatkan proses membantu fotosintesis sepenuhnya.

Dolomite juga menggemburkan tanah, mencegah serangan anai-anai, membaik pulih struktur tanah serta membaiki pengudaraan tanah. Paling hebat dimana rawatan dengan dolomite ini dilaporkan akan menggalakan aktiviti cacing tanah dan juga menggalakan aktiviti bakteria baik dan memudahkan akar pokok menyedut nutrisi dalam tanah. Memang disahkan dolomite ini akan menstabil dan juga akan menaikkan pH tanah, mampu membunuh bakteria jahat,  membaiki tanah jerlus dan akan memulihkan tanah gambut.
Peranan lain adalah seperti ia akan menyah zat besi yang merbahaya kepada pokok serta peranannya dalam ia membunuh cacing nematodes (Meloigyne spp). Kehebatan bahan juga didakwa mampu membunuh patogen yang mana ia adalah punca segala jangkitan kulat, mampu memudahkan akar masuk ke dalam tanah, mencegah penyakit akar putih serta merupakan bahan mineral semulajadi. Bahan ini juga memang didapati tidak bahaya kepada manusia, tanaman dan ternakan.

Keberkesanan dolomite kepada durian. Update 12 hari selepas tabur

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

Cara mudah buat kaki ganda durian.. pokok subur dan cepat membesar.

Cara mudah buat kaki ganda durian.. pokok subur dan cepat membesar.

Чукчи начали ПРОПАДАТЬ один за одним. Какие ТАЙНЫ скрывает глушь Чукотки?

Чукчи начали ПРОПАДАТЬ один за одним. Какие ТАЙНЫ скрывает глушь Чукотки?

CARA UJI DOLOMITE UNTUK SUBURKAN TANAH | JOM UJI  | EP 65

CARA UJI DOLOMITE UNTUK SUBURKAN TANAH | JOM UJI | EP 65

Penyiraman kebun durian otomatis mengunakan selang hydrosol

Penyiraman kebun durian otomatis mengunakan selang hydrosol

Kelebihan baja kopi kepada tanaman. Aplikasi pokok durian umur 6 bulan

Kelebihan baja kopi kepada tanaman. Aplikasi pokok durian umur 6 bulan

Cara Tabur Dolomite Yang Betul.

Cara Tabur Dolomite Yang Betul.

Гениальные индийские инженеры построили огромную дорогу из кокосовых отходов, вызывая восхищение ...

Гениальные индийские инженеры построили огромную дорогу из кокосовых отходов, вызывая восхищение ...

Cara saya merawat pohon durian @ premium #

Cara saya merawat pohon durian @ premium #

Pokok durian aku dah berbunga.. meracun rumpai persediaan musim pembuahan durian.

Pokok durian aku dah berbunga.. meracun rumpai persediaan musim pembuahan durian.

Pokok durian bantut..!!. Cara penyelesaian yang terbaik supaya pokok cepat besar.

Pokok durian bantut..!!. Cara penyelesaian yang terbaik supaya pokok cepat besar.

PRUNING DURIAN USIA 1 TAHUN ✂️✂️ DI JOGLO DURIAN AW🏝🏛

PRUNING DURIAN USIA 1 TAHUN ✂️✂️ DI JOGLO DURIAN AW🏝🏛

Inside The LARGEST Bread Factory From Wheat Grain to Packaged Loaf Bread (Full Process)

Inside The LARGEST Bread Factory From Wheat Grain to Packaged Loaf Bread (Full Process)

POKOK KUNING DAN RAWATAN树黄及其治疗

POKOK KUNING DAN RAWATAN树黄及其治疗

Punca Utama POKOK TERBANTUT  & Cara rawat Tanah supaya subur

Punca Utama POKOK TERBANTUT & Cara rawat Tanah supaya subur

TEKNIK PANGKASAN, POKOK DURIAN PUN ADA DAHAN JANTAN DAN BETINA

TEKNIK PANGKASAN, POKOK DURIAN PUN ADA DAHAN JANTAN DAN BETINA

Sistem sprinkler dan piping durian musang king. Proses tukar piping d kebun andak

Sistem sprinkler dan piping durian musang king. Proses tukar piping d kebun andak

[TIMELAPSE] --366 Days Harvesting Many Chicken, Duck, Chicken Eggs, Make Fried Chicken Go To Sell

[TIMELAPSE] --366 Days Harvesting Many Chicken, Duck, Chicken Eggs, Make Fried Chicken Go To Sell

KENALI DOLOMITE & FUNGSINYA UNTUK TANAMAN ANDA

KENALI DOLOMITE & FUNGSINYA UNTUK TANAMAN ANDA

Inside the Kobe beef factory - Premium beef

Inside the Kobe beef factory - Premium beef

TIMELAPSE -- Harvest 200Kg Giant Forest Duck & Rare Duck Egg, Cook Spicy Soup | Phương Countryside

TIMELAPSE -- Harvest 200Kg Giant Forest Duck & Rare Duck Egg, Cook Spicy Soup | Phương Countryside

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]