Al Andalus : Bandar Islam Sepanyol
Автор: Cerita Sejarah
Загружено: 2025-07-24
Просмотров: 91
Pada tahun 711 Masihi, di bawah kepimpinan seorang panglima dari Kerajaan Bani Umayyah iaitu Tariq Ibnu Ziyad, beliau telah menguasai Semenanjung Iberia. Semenanjung Iberia merupakan sebuah kawasan yang terletak di barat daya Eropah dan ia merangkumi kawasan negara Sepanyol, Portugal, Andorra dan Gibraltar pada hari ini.
Penaklukan Iberia bermula dengan serangan oleh angkatan panglima yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang Amazigh atau Babar yang diketuai Tariq ibnu Ziyad. Orang Amazigh masa kini adalah kelompok etnik dari Afrika Utara seperti Algeria, Tunisia, Morocco & Mesir. Dibawah pemerintahan Bani Umayyah, Tariq ibnu Ziyad bersama tenteranya mendarat di Iberia pada tahun 711 Masihi di Kawasan Gibraltar dan memulakan serangan ke arah utara. Kemenangan muktamad Tariq ke atas raja Kerajaan Visigoths, Roderic dalam Pertempuran Guadalete serta pembelotan para waris sah takhta kerajaan Visigoth kepada pihak Islam membawa kepada penaklukan kerajaan Islam ke atas Iberia.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: