๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ง: ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ง๐
ะะฒัะพั: Angkatan Tentera Malaysia
ะะฐะณััะถะตะฝะพ: 2025-10-29
ะัะพัะผะพััะพะฒ: 313
๐๐จ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ง๐ : ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐จ๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐ง๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ ๐๐๐๐ก๐
MUAR, 28 Oktober 2025 โ Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, telah menyempurnakan Pelancaran Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani ATM Tahun 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak dan Kampung Temiang, Muar, Johor.
Bagi Program Sekolah Angkat Madani, ketibaan PAT disambut meriah dengan persembahan kompang dan silat oleh warga pelajar SMK Tun Perak, sebelum majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK Tun Perak, Puan Nor Aishah binti Yusof. Majlis turut menyaksikan perasmian Green Room Studio serta sesi podcast khas bersama PAT, yang memberikan inspirasi kepada warga sekolah.
Dalam kesempatan itu, PAT turut beramah mesra bersama alumni sekolah, termasuk beberapa rakan sekelas beliau sewaktu zaman persekolahan dahulu. Sesi pertemuan tersebut mengimbau kembali kenangan manis beliau semasa remaja, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara pemimpin tertinggi ATM dengan masyarakat setempat.
Pelancaran Program Sekolah Angkat Madani diserikan lagi dengan penyerahan set robotik kepada pihak sekolah, diikuti ucapan daripada PAT dan pengetua. Majlis turut diserikan dengan pertukaran cenderahati antara pihak sekolah, alumni dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tanda penghargaan terhadap kerjasama yang terjalin. Dalam ucapannya, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datoโ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Zulhilmi bin Masdar serta seluruh anggota tentera yang terlibat atas komitmen mereka dalam merealisasikan Program Sekolah Angkat Madani di sekolah berkenaan.
Acara kemudian diteruskan lagi dengan lawatan PAT ke reruai dan pameran statik yang menampilkan pameran aset kenderaan dan senjata oleh Rejimen Ke-10 Askar Melayu Diraja (10 RAMD), pameran statik oleh 10 Briged (Para) serta promosi kerjaya oleh Sel Promosi dari Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Selesai lawatan tersebut, PAT berangkat ke Balai Belia Kampung Temiang bagi program Kampung Angkat Madani. Acara dimulakan dengan menandatangani plak perasmian Projek Naik Taraf Balai Belia Kampung Temiang. Projek berkenaan dilaksanakan mulai 22 September hingga 27 Oktober 2025 dengan penglibatan anggota daripada 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan 10 RAMD, merangkumi kerja-kerja naik taraf Dewan Terbuka serta Surau Kampung Temiang.
Di surau berkenaan, PAT turut menyampaikan sumbangan Bakul Rezeki dan wang tunai sebanyak RM200 kepada lima keluarga asnaf, selain turut serta dalam aktiviti mengecat tembok masjid sebagai simbol semangat kesukarelawanan serta keprihatinan warga ATM terhadap komuniti setempat. Beliau di dalam ucapannya menyatakan harapan agar sumbangan yang diberikan dapat mempererat ukhuwah serta mencerminkan semangat kebersamaan antara tentera dan rakyat yang tidak dapat dipisahkan.
Program ini jelas mencerminkan komitmen ATM dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat melalui pendekatan Madani yang berteraskan nilai kasih, hormat dan kesejahteraan bersama.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datoโ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datoโ Azhan bin Hj Md Othman; Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Mejar Jeneral Datoโ Indera Zahari bin Mohd Ariffin; Ketua Polis Pahang, Komisioner Polis Datoโ Sri Yahaya bin Othman; dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Hj Mohd Hanafi bin Samad.
Berita : BRKSP.
Gambar : Pej PAT.
#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#ATMSentiasaBersepadu
#DutyHonourSacrifice
ะะพัััะฟะฝัะต ัะพัะผะฐัั ะดะปั ัะบะฐัะธะฒะฐะฝะธั:
ะกะบะฐัะฐัั ะฒะธะดะตะพ mp4
-
ะะฝัะพัะผะฐัะธั ะฟะพ ะทะฐะณััะทะบะต: