Cara-cara mudah buka kedai di Shopee. Buka kedai, marketing tools, terima duit jualan, shopee ads.
Автор: June Amdan
Загружено: 2021-01-17
Просмотров: 11861
Kepada yang terjejas pendapatan dan yang hilang pekerjaan, ambil saja gambar produk yang laku keras dan masukkan ke kedai Shopee anda. Pembeli bayar pada anda, anda pun baru order kat kedai barang tu. Letak alamat pembeli. Dah selesai.
Atau boleh beli barang di Mydin atau kedai Eco pun boleh. Letak gambar di kedai anda, buat promosi. Bila ada pembeli, terus anda hantar produk tersebut dan simpan sedikit produk di tangan sebagai stock level yang anda sendiri boleh jangkakan supaya stok tidak terputus bekalan.
Nak Ramadhan ni, telekong, sejadah, kurma, makanan kesihatan dan 'makanan segera' paling banyak permintaan.
Bagi DROPSHIPER barang-barang yang viral pun boleh buat cara yang sama. Buat kolaborasi atau perjanjian dengan syarikat produk Viral tersebut. Anda buat promo di kedai anda, bila ada pembelian, anda pun akan hubungi team produk tersebut untuk hantar barang kepada pelanggan.
Bila syarikat produk dah hantar produk kepada pelanggan, anda pun klik 'Ship' di kedai Shopee anda. Shopee akan bayar anda bila pelanggan dah klik 'received' barang tersebut.
Pelanggan selalu lupa klik 'received', jadi wssp mereka untuk klik 'received' atau 'terima' jika dah terima barang. Jika tak klik 'terima' Shopee akan bayar ikut tempoh tertentu seperti selepas 14 hari. Lambat la kann baru dapat duit :)
Anda sebagai dropshiper bayar kepada Team Produk sebelum mereka hantar produk kepada pelanggan dan mereka akan rekodkan jualan anda. Syarikat produk akan bayar komisen atau apa juga terma keuntungan kepada anda sebagai penjual atau dropshiper mereka atas semua jualan produk mereka.
Untung atas angin.
Next saya akan berikan tutorial berkaitan dengan pemasaran di Market Place FB dengan membaca keyword di Google Trend dan memasukkan tag key word google ini beserta negeri mana yang banyak mencari produk tersebut. Jadi gunakan keyword ini dan post di negeri yang banyak permintaan sahaja untuk jimatkan masa dan kos pengiklanan.
Jangan lupa subscribe dan klik simbol loceng untuk update terbaru ini.
#kedaishopee #shopeee #tutorialShopee
Boleh lihat contoh kedai saya di Shopee
https://linktr.ee/JuneAmdan
Instagram kami / hr_template_malaysia
Saya juga seorang penulis https://pts.com.my/penulis/junaidah_h...
https://ms.wikipedia.org/wiki/101_Ide...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: