Majlis Penutupan KURSUS LANJUTAN KAWAD RELA (KLKR) TAHUN 2023
Автор: PLRN SABAH
Загружено: 2023-06-16
Просмотров: 957
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗟𝗔𝗡𝗝𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗗
𝗥𝗘𝗟𝗔 (𝗞𝗟𝗞𝗥) | 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
Pusat Latihan RELA Negeri Sabah - 15 Jun 2023 (Khamis) telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Lanjutan Kawad RELA (KLKR) Tahun 2023. Seramai 27 orang Peserta Kursus terdiri daripada Pegawai RELA mewakili setiap daerah diseluruh negeri Sabah.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ys. TPjR DARMAN BIN DABANG, Pengarah RELA Negeri Sabah. Turut hadir, YBrs. PPjKR MUHAMAD HELMI BIN MOHD ABD SHUKUR Komandan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Ys. MOHD AJILEE BIN RAPSININ, Pegawai Latihan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah. Turut Hadir, Pegawai dan Penolong Pegawai RELA Daerah.
Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Gema RELA dan bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Zulfadil Zulhisam bin Sikong, Ketua Unit Agama PLRNS.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. PPjKR MUHAMAD HELMI BIN MOHD ABD SHUKUR, Komandan PLRNS dan seterusnya Ucapan dan Perasmian Majlis Penutupan yang disampaikan oleh Ys. TPjR DARMAN BIN DABANG Pengarah RELA Negeri Sabah. Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penyertaan, Penyampaian Medal Kepimpinan Terbaik, Kawad Terbaik dan Akademik Terbaik serta Penyampaian Cendera Hati Kepada Barisan Jurulatih Pegawai. Majlis Penutupan kursus diakhiri acara bergambar bersama Ys. TPjR DARMAN BIN DABANG Pengarah RELA Negeri Sabah.
Sekian,
UMR Pusat Latihan RELA Negeri Sabah
#malaysiamadani
#kementeriandalamnegeri
#jabatansukarelawanmalaysia
#relasabah
#pusatlatihanrelanegerisabah
#setiaberbakti
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: