Pengenalan kepada Sastera Dunia (BMCO 1102): Adaptasi Filem "Batu Belah Batu Bertangkup"
Автор: ellyana zamri
Загружено: 2024-01-12
Просмотров: 21079
Sinopsis:
Filem Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah filem purba yang mengisahkan sebuah keluarga kecil yang tinggal di sebuah desa. Disebabkan kempunan telur ikan tembakul, sang suami (Edy) sanggup meredah badai untuk memastikan impian isterinya (Awatif) tercapai. Malang tidak berbau, ajal sang suami mendahului sebelum sempat membawa pulang ikan tembakul pulang ke rumah. Kejadian tersebut membuatkan hati si isteri remuk dan trauma akan ikan tembakul. Kisah duka tidak terhenti di situ, disebabkan sikap anaknya iaitu pekan yang tergamak menghabiskan telur ikan tembakul tanpa rasa bersalah, si ibu merasa kecil hati kerana hajatnya untuk menjamah telur ikan tembakul sekali lagi tidak tercapai. Hanya kerana terlalu kecewa dengan sikap anak-anaknya maka berlarilah si ibu ke hutan sehingga sanggup merelakan dirinya ditelan oleh Batu belah batu bertangkup. Detik itu juga, Melur (Dini) dan Pekan (Shafiqah & Edy) menjadi anak yatim piatu yang hilang tempat bergantung. Adakah dua insan ini berjaya menghadapi sukarnya kehidupan meskipun membesar tanpa belaian ibu dan bapa?
BMCO 1102 Pengenalan kepada Sastera Dunia
Filem ini merupakan filem adaptasi 'Batu Belah Batu Bertangkup' yang dihasilkan oleh 43 orang pelajar seksyen 2 23/24. Disebabkan rakaman filem ini hanya menggunakan telefon pintar justeru pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan daripada aspek kualiti video seperti audio, grafik dan pencahayaan bagi babak tertentu. Maaf juga andai hasil karya ini tidak sama seperti filem Batu Belah Batu Bertangkup secara keseluruhannya. Hal ini kerana kami perlu mengikuti kehendak dan syarat tugasan subjek seperti durasi masa yang telah ditetapkan.
Terima kasih kerana menonton!
Musik:
1. OST Tun Fatimah 1962 - Suriram: • OST Tun Fatimah 1962 - Suriram
2. Puteri Bersiram - Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma: • Puteri Bersiram - Tan Sri P Ramlee & Puan ...
3. Filem pembukaan: • Blender. Book and candle animation
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: