BERSAMA PEMAIN INDUSTRI PERFILEMAN | 21 OGOS 2025 | DATUK HILAL AZMAN | SSTP, PENG. CHEPA,KELANTAN
Автор: Cikgu Aswan
Загружено: 2025-08-25
Просмотров: 2
🎬 MEMORI | Filem Pemenang Anugerah Antarabangsa
Lakonan hebat Datuk Hilal Azman dalam Memori telah mencipta sejarah apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik Asia Pasifik di Anugerah Filem Asia Pasifik ke-61 yang berlangsung di Macau, China.
Filem ini bukan sahaja menyentuh hati penonton, malah telah meraih lebih 20 anugerah antarabangsa termasuk di Festival Filem Cannes, Dubai, New York, Berlin, Tokyo dan banyak lagi.
Dalam Memori, Datuk Hilal membawakan watak Hussain, seorang warga emas yang menghidap Alzheimer, dengan penghayatan luar biasa hasil kajian mendalam dan pengalaman lebih 46 tahun dalam dunia seni.
Turut membintangi filem ini ialah Hisyam Hamid dan Diana Danielle, yang turut menerima pujian atas mutu lakonan mereka yang setaraf dengan pelakon utama.
📅 Tayangan bermula: 31 Julai
🎥 Terbitan: Creative Stew
🏆 Anugerah:
Pelakon Lelaki Terbaik
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Suntingan Terbaik
Penerbit Terbaik
🇲🇾 Filem yang mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Saksikan Memori dan rasai keindahan emosi yang terpancar dari setiap babak.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: