Gamelan Nadasukma - Keraton Mbah Anang & Re Kabare (Jogjakarfest 2025)
Автор: Gamelan Nadasukma Malaysia
Загружено: 2025-12-16
Просмотров: 101
Lagu: Keraton Mbah Anang
Komposer Asal: Dwiono Hermantoro, S.Kar
Komposisi Baru: Kisworo Raul Diaz
Yogyakarta, Indonesia - Gamelan Jawa-Malaysia bergema di kota seni Yogyakarta apabila Kumpulan Gamelan Nadasukma dari Malaysia menerima penghormatan untuk membuat persembahan di Jogjakarfest 2025 pada 5 Disember 2025 bertempat di Institut Seni Indonesia (ISI) Yogyakarta. Kehadiran kumpulan ini bukan sekadar persembahan seni, tetapi simbol ikatan budaya serumpun Malaysia-Indonesia yang terus diperkukuh melalui diplomasi budaya dan jaringan kerjasama seni antarabangsa.
Kembara Nadasukma ke Yogyakarta ini turut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi Malaysia melalui pemerolehan Geran MyCreatives Venture 2025 yang bertujuan memperluas keterlibatan penggiat kreatif Malaysia di pentas antarabangsa. Turut menjayakan program ini ialah beberapa rakan kerjasama strategik, termasuk Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor (PEJAWA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh, serta Universitas Negeri Surabaya (UNESA).
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: