X'klusif Syahril Kadir: Wan Norkhairiyah... Wanita Malaysia Mengurus Sisa Bahaya di Benua Afrika!
Автор: Astro AWANI
Загружено: 2026-01-22
Просмотров: 147
Wan Norkhairiyah Wan Montil seorang Pengurus Projek Profesional yang diiktiraf diperingkat antarabangsa dalam bidang pengurusan sisa minyak serta sisa berbahaya industri minyak dan gas global.
Berbekalkan kelulusan dari University of Leicester, United Kingdom serta pengalaman luas mengurus projek yang kompleks berisiko tinggi, beliau telah membawa kepakaran, teknologi dan disiplin kerja Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Ketika kerjayanya sedang berkembang di tanah air, Wan Norkhairiyah membuat keputusan berani untuk melangkah keluar negara. Bermula di Oman, seterusnya Sudan Selatan dan kini meneruskan misi profesionalnya di Tripoli, Libya.
Beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan sisa minyak dan sisa berbahaya berstandard antarabangsa, pelaksanaan projek berisiko tinggi di kawasan pasca konflik dan pemindahan teknologi.
Pelbagai cabaran, tekanan dan risiko telah ditempuhi, namun anak jati Melaka ini terus membuktikan bahawa kepakaran Malaysia mampu berdiri sama tinggi di pentas global, khususnya di Afrika dan Timur Tengah.
Kisah beliau adalah inspirasi kepada profesional Malaysia yang bercita-cita untuk mengembangkan kerjaya ke luar negara, menerajui projek antarabangsa dan membawa teknologi serta kepakaran Malaysia ke peringkat global.
#AWANInews
SUBSCRIBE now! @Astro Awani
https://www.youtube.com/c/astroawani?...
Berita lanjut di: http://grid.astroawani.com
Astro AWANI LIVE https://www.astroawani.com/video-terkini
Social Media:
FACEBOOK / astroawani
TWITTER / 501awani
INSTAGRAM / 501awani
TELEGRAM https://t.me/astroawani
#AWANInews
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: