"Aku Yang Bela Sampai Besaq"- WANITA MERANA ANAK DISOROK LEPAS BEKAS SUAMI BERCUTI
Автор: KAPSUL VIRAL
Загружено: 2026-01-16
Просмотров: 4446
"Aku Yang Bela Sampai Besaq"- WANITA MERANA ANAK DISOROK LEPAS BEKAS SUAMI BERCUTI
Seorang wanita bernama Erni Yuszalila Zainal membuat pendedahan di aplikasi TikTok dengan mendakwa pihak bekas suami cuba merampas anak mereka, Muhammad Dayyan, yang selama ini dibesarkan oleh wanita berkenaan.
Awalnya, atas dasar ihsan, Puan Erni membenarkan Dayyan mengikut bapa kandungnya pergi bercuti, namun setelah percutian itu tamat, pihak lelaki terbabit memutuskan segala komunikasi dan enggan
memulangkan budak itu semula.
Tiada pilihan lain, Puan Erni datang sendiri ke rumah bekas suami untuk mengambil anaknya setelah 3 hari gagal menghubungi mereka.
Malangnya, mereka bertindak mengunci pintu dan tidak membenarkan Puan Erni masuk ke dalam dan diberitahu tidak akan berjumpa lagi dengan anaknya selepas ini.
Dedah Puan Erni, bekas suaminya merupakan seorang individu lembam yang termakan hasutan adik-adik sendiri, seakan tidak senang duduk dengan kehidupan Puan Erni lebih-lebih lagi setelah wanita itu berkahwin baru.
Bukan sekadar menyembunyikan anaknya, malahan gambar tidak menutup aurat milik Puan Erni juga pernah dimuat naik ke media sosial oleh mereka atas niat mengaibkan.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: