OKT lolos: Lain macam 'angin' KP Kuala Lumpur
Автор: Majoriti Official
Загружено: 2023-07-31
Просмотров: 869385
Polis sedang menjalankan siasatan ke atas dua anggotanya berkaitan kes orang kena tahan (OKT) warga Myanmar meloloskan diri di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, suspek dipercayai dibawa pulang ke Ibu pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju selepas selesai permohonan reman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur.
Siasatan mendapati tahanan itu melarikan diri dengan cara membuka gari sebelum terjun daripada lori yang membawa sekumpulan OKT ketika kenderaan itu bergerak perlahan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berjaya ditahan semula di Masjid Medan Idaman Setapak, Kuala Lumpur pada hari sama kira-kira jam 9.20 malam.
Beliau berkata pihaknya membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan berkaitan kes berkenaan.
Wartawan: Nyna Rauf ([email protected])
Videografer/Visual Editor: Raja Amir ([email protected])
Penerbit: Liza Hasan ([email protected])
Penerbit Eksekutif: Norfatimah Ahmad ([email protected])
LIKE, FOLLOW, SUBSCRIBE! @majoritiofficial
/ @majoritiofficial984
Berita terkini di: https://majoriti.com.my/
Media Sosial:
FACEBOOK: / majoritiofficial
INSTAGRAM: / majoritiofficial
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@majoritioffic...
TWITTER: / majoritionline
TELEGRAM: https://t.me/majoritiofficial
LINKEDIN: / majoriti-star-97a820240
#majoritiofficial #matamajoriti
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: