WARISAN ALAM MELAYU: Misteri Cemara/ Rantai babi
Автор: Anakshark'craft
Загружено: 2025-09-30
Просмотров: 12986
Kisah Rantai/Cemara Babi
Dalam alam cerita rakyat Melayu, Cemara babi bukan benda biasa, tetapi dianggap sebagai azimat pusaka ghaib. Ramai yang menyatakan ianya adalah rantai. sebenarnya bukan. Namanya adalah yang tepat adalah Cemara. Tidak berbentuk rantai tapi terbentuk dengan bulu bulu babi..tapi ramai beranggapan sebagai Rantai. Benda ini dipercayai mempunyai kekuatan luar biasa. sesiapa yang memilikinya akan kebal daripada senjata, sukar dilukai, dan tak mudah ditewaskan dalam pertarungan.
Namun, benda ini bukan milik sebarangan orang. Ia sering muncul dalam kisah pendekar, pahlawan, dan pengembara zaman dahulu. Ada yang menemukannya di tengah belantara, terikat pada tunggul kayu, pokok renek, seolah menunggu pemilik baharu. Ada juga kisah bahawa rantai babi hanya dapat diperoleh dengan syarat: pemiliknya harus berani berhadapan dengan babi hutan. Jika gagal, pemilik akan ditimpa bencana besar.
Orang tua-tua dahulu berpesan, rantai babi ibarat senjata bermata dua, ia boleh menjadi pelindung, tetapi juga boleh bawak celaka. Ramai yang tamak dengan kekebalan akhirnya binasa kerana tidak mampu menanggung “semangat” yang bersemadi pada rantai itu.
Hingga kini, kisah rantai babi terus hidup dalam cerita lisan masyarakat, sering dikaitkan dengan ilmu kebal, dan pertemuan manusia dengan makhluk alam ghaib. Ia menjadi simbol amaran bahawa kekuatan luar biasa sentiasa datang bersama dugaan yang berat.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: