Pengembaraan Lombok
Автор: DamnGood
Загружено: 2025-12-10
Просмотров: 224
Lokasi Dituju:
📍Kampung Sasak Sade 🛖 ✅️
📍Pantai Kuta Lombok 🌅 ✅️
📍Gili Trawangan 🤿 ✅️
📍Gunung Rinjani 🌋 ✅️
📍Danau Segara Anak 🏞️ ❌ (misi gagal)
📍Torean 🦖 ❌ (misi gagal)
📍Air Terjun Sendang Gile & Tiu Kelep 🌊 ✅️ (tidak diserta dlm video)
Trip Lombok DIY yang sangat menyeronokkan namun ditutup dengan pengakhiran yang mengecewakan. 2 lokasi yg sangat diidamkan gagal dijejaki walaupun sudah berada didepan mata dengan cuaca yang sangat baik dan memberi kerjasama. Namun bak kata abg Ferhad [MGP]: "Dosa kat luar akan dihukum ketika mendaki" (kalau tak training sakit lah habuannya). Ramai diluar sana yang hanya melihat keindahan di kemuncaknya, namun perjalanan yg mecabar itu adalah ceritanya. Jika persediaan dilakukan dengan secukupnya, pasti indah jalan ceritanya.
Memang sakit perjuangan kalini dinafikan oleh peserta yang tidak bersedia mental mahupun fizikal, mengheret seluruh pasukan ke garisan permulaan semula. "Semua mahu ikuti pendakian di jalur yang indah, namun bukan semua yang sanggup lalui perit latihannya". Hanya diri sendiri yang tahu kemampuan diri dan persediaan yang perlu dilakukan. Namun, mungkin disebabkan kurangnya pengalaman membuatkan individu mengambil mudah ekspedisi mendaki ini.
Buat peserta lain yang telah bersedia, pasti merasai sakit yang kekal dalam ingatan. Suasana yang penuh riang bertukar suram dan langkah pulang terasa berat bukan kerana kepenatan tetapi kerana kesedihan. Namun apa yang pasti, belum ada rezeki dari Illahi dan sudah pasti ada hikmah yang lebih besar disebaliknya. Insyaallah, kalau diberi kesempatan sekali lagi, simpanan yang mencukupi, kesihatan yang baik dan masa lapang, akan kembali melengkapkan misi yang tertangguh ini dengan diri dan pasukan yang lebih kuat.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: