Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

LZS RAI RAKAN STRATEGIK BANTU KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

Автор: Zakat Selangor TV

Загружено: 2025-05-05

Просмотров: 135

Описание:

Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus memperkukuh kedudukan sebagai pemangkin utama kesejahteraan ummah apabila mengiktiraf peranan rakan strategik yang menjadi
tulang belakang dalam ekosistem pengurusan zakat negeri menerusi penganjuran Majlis Gemerlapan Rakan Strategik Zakat Selangor (GRASIAZ) 2025.

Mereka ini terdiri daripada ejen syarikat, firma audit dan cukai, bank, pos, penolong amil Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) serta majikan bagi skim potongan gaji (SPG) di LZS yang kesemuanya memainkan peranan signifikan dalam memperkasa kutipan zakat di negeri ini.

Sebanyak lima anugerah kepada majikan SPG dan 11 anugerah kepada ejen kutipan disampaikan bagi mengiktiraf prestasi cemerlang sepanjang 2024.

Bagi Anugerah Majikan SPG diberikan berdasarkan peratus peningkatan kutipan tertinggi dalam empat
kategori utama iaitu kerajaan, swasta, badan berkanun dan institusi pengajian tinggi. MBSB Bank Berhad muncul sebagai penerima Anugerah Khas Umar Abdul Aziz (Pengurusan SPG Terbaik) atas pencapaian konsisten dalam kutipan dan pengurusan zakat wakalah sejak 2009, termasuk peningkatan kutipan SPG sebanyak 42 peratus pada 2024.

Manakala bagi Anugerah Ejen Kutipan, pengiktirafan diberikan kepada ejen perunding, penolong amil dan platform pembayaran atas prestasi cemerlang dalam kutipan dan peluasan capaian pembayar zakat.

Maahad Tahfiz Al Fateh menerima Anugerah Abdullah Bin Abbas (Ejen Kreatif & Inovatif)
menerusi inisiatif promosi digital yang berjaya mempertingkatkan capaian kutipan secara signifikan. Sementara itu, Erth Al Mustafa Foundation diumumkan sebagai penerima Anugerah Zaid Bin Harithah (Ejen Baru Berprestasi Tinggi) selepas merekodkan kutipan melebihi RM1 juta dalam tahun pertama pelantikan. Penilaian keseluruhan anugerah ini merangkumi peningkatan kutipan, bilangan
pembayar baru, kecekapan pengurusan serta kebolehan mencipta impak secara mampan dalam komuniti.

GRASIAZ 2025 turut menyaksikan sebanyak 10 syarikat menerima Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF) sebagai tanda penghargaan kerana bersama-sama LZS menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan dan zakat pendapatan. IKTIRAF diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai penghargaan LZS atas kesetiaan syarikat korporat yang menunaikan zakat perniagaan dan majikan yang komited melaksanakan SPG bagi kakitangannya.

Dalam majlis sama, LZS turut menerima bayaran zakat perniagaan daripada tiga syarikat berjumlah
RM409,051.75. Tiga syarikat korporat tersebut ialah Kenanga Investment Bank Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM308,298.43, diikuti Kiddocare Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM90,753.32 dan TSM Venture Group Sdn Bhd sebanyak RM10,000.00.

Hadir sama, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato' Dr. Anhar Opir dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Tuan Mohd Khaidzir Bin Shahari.

LZS RAI RAKAN STRATEGIK BANTU KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

Prof Dato Dr MAZA - Bolehkah Beri Zakat Terus Kepada Asnaf?

Prof Dato Dr MAZA - Bolehkah Beri Zakat Terus Kepada Asnaf?

Studio 2.5 : Episod 20 - Titis Peluh Kita, Lega Nafas Mereka

Studio 2.5 : Episod 20 - Titis Peluh Kita, Lega Nafas Mereka

Prof Dato Dr MAZA - Bolehkah Membayar Zakat Selain Negeri Kita Tinggal | Pesanan Kepada JAKIM

Prof Dato Dr MAZA - Bolehkah Membayar Zakat Selain Negeri Kita Tinggal | Pesanan Kepada JAKIM

Ekonomi, Bisnis, dan Industri Halal: Berkemakmuran Perspektif Muhammadiyah

Ekonomi, Bisnis, dan Industri Halal: Berkemakmuran Perspektif Muhammadiyah

Studio 2.5

Studio 2.5

Bayar Zakat Terus Pada Asnaf Tak Melalui Amil - Ustaz Azhar Idrus

Bayar Zakat Terus Pada Asnaf Tak Melalui Amil - Ustaz Azhar Idrus

Studio 2.5

Studio 2.5

Zakat Duit Simpanan Yang Ada Dalam Bank - Ustaz Azhar Idrus

Zakat Duit Simpanan Yang Ada Dalam Bank - Ustaz Azhar Idrus

Врач раскрывает СЕКРЕТ, как не вставать ночью в туалет

Врач раскрывает СЕКРЕТ, как не вставать ночью в туалет

Studio .5 - Episod 22

Studio .5 - Episod 22

Hukum Duit Zakat Terus Dibahagikan Kepada Asnaf - Ustaz Azhar Idrus Official

Hukum Duit Zakat Terus Dibahagikan Kepada Asnaf - Ustaz Azhar Idrus Official

Путин в Ашхабаде. О чем президент РФ говорил на форуме?

Путин в Ашхабаде. О чем президент РФ говорил на форуме?

Studio 2.5

Studio 2.5

Акунин ошарашил прогнозом! Финал войны уже решён — Кремль скрывает правду

Акунин ошарашил прогнозом! Финал войны уже решён — Кремль скрывает правду

Садыр Жапаров посетил НТРК: Обещал повысить ЗП, попросил не только хвалить

Садыр Жапаров посетил НТРК: Обещал повысить ЗП, попросил не только хвалить

MESYUARAT PENUH BIL. 11/2025

MESYUARAT PENUH BIL. 11/2025

“Президент Жапаров” берүүсүнүн кезектеги чыгарылышы 14.12.2025

“Президент Жапаров” берүүсүнүн кезектеги чыгарылышы 14.12.2025

5 супов, которые омолаживают организм изнутри: советы врача

5 супов, которые омолаживают организм изнутри: советы врача

Bayar Zakat Terus Pada Asnaf, Boleh Ke? - Ustaz Azhar Idrus Official

Bayar Zakat Terus Pada Asnaf, Boleh Ke? - Ustaz Azhar Idrus Official

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Zakat Pendapatan

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Zakat Pendapatan

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]