Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

Pegang semangat juang Pegawai Memerintah 22 Komando, Muhammad Syukran bangkit harungi peluang kedua

Автор: Air Times News Network

Загружено: 2025-04-28

Просмотров: 21876

Описание:

KUALA LUMPUR, 28 April – “Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat?” Itulah kata-kata semangat yang terus membakar azam Leftenan Muda Muhammad Syukran Syafie, 24, untuk menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK/1/25 setelah gagal dalam percubaan pertama.

Penerima Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Asas Komando itu berkongsi bagaimana kata-kata semangat dari Pegawai Memerintah Rejimen 22 Komando (22 KDO) telah menguatkan tekadnya untuk terus berusaha walaupun menghadapi kegagalan dalam percubaan pertama.

“Saya pernah mengikuti Kursus Asas Komando Siri AK/3/2024 dan saya berjaya menamatkan hingga ke peringkat kem dan saya tumbang (gagal),

“Apabila saya pulang ke unit, CO 22 KDO telah memberikan kata-kata semangat untuk saya pergi semula untuk mengharungi balik peringkat kem dan mula pada awal balik hinggalah ke akhir,

“Saya pegang kata-kata dia, “Biarlah kita buat sekali, jangan buat banyak kali”, jadi untuk siri ini saya memang nak lulus dan saya telah lulus dan menjadi yang terbaik itu adalah rezeki saya,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Kursus Asas Komando Siri AK?1/2025 di Lapangan Terbang Tekah, Taiping pada Sabtu lalu.

Menurut Muhd Syukran, kata-kata tersebut terus menjadi pembakar semangat sepanjang mengharungi kursus tersebut.

Kata-kata tersebut memberikan semangat dan dorongan untuknya tidak berputus asa dan memberikan segala yang terbaik demi mencapai matlamat.

“Memang kursus ini sangat mencabar dan berisiko tinggi, namun dengan semangat yang kuat dan sokongan dari Pegawai Memerintah 22 KDO, saya bertekad untuk menamatkannya,” tambahnya.

Anak jati Terengganu dan graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu merupakan salah seorang daripada 38 anggota yang berjaya menamatkan kursus ini daripada 208 peserta yang menyertainya.

Pada Sabtu lalu, beliau bersama 2 pegawai dan 35 anggota lain telah disarungkan beret hijau serta pisau komando oleh Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Ahmad Suhaimi, sebagai simbol kejayaan usaha dan pengorbanan mereka.

Mewujudkan perubahan melalui cita-cita dan semangat

Muhd Syukran mengakui bahawa keinginannya untuk mengikuti kursus asas komando ini bermula selepas melihat perubahan positif yang dialami oleh senior-seniornya yang telah berjaya mengharungi kursus ini.

Melihat perwatakan mereka yang berubah setelah mengikuti kursus ini, beliau terdorong untuk mencuba dan menjadi seperti mereka.

“Saya tahu kursus ini bukan mudah, tetapi saya percaya dengan ketekunan dan semangat untuk berjaya, tiada apa yang mustahil,” katanya lagi.

Sokongan keluarga, terutama ibu

Bagi ibu kepada Muhd Syukran, Rosmartina binti Mohd Rosli, kejayaan anaknya adalah sesuatu yang amat membanggakan. Walaupun selepas kegagalannya pada siri yang lalu, beliau tetap memberikan sokongan penuh kepada anaknya.

“Walaupun dia pernah tumbang, tapi kali ini dia lulus, dan itu sangat membanggakan saya,” kata ibunya ketika ditemui.

Rosmartina turut mengakui bahawa menjadi komando adalah cita-cita anaknya sejak kecil, dan beliau memberi keizinan untuk Muhd Syukran mencapainya walaupun sebelumnya sempat memujuk anaknya untuk tidak meneruskan kursus setelah kegagalannya yang lalu.

Pesan kepada Warga Tentera Darat

Muhd Syukran turut mengingatkan warga Tentera Darat agar tidak takut untuk mencuba kursus ini.

“Kita tak tahu kemampuan diri kita. Walaupun kita rasa kuat atau lemah, kursus ini memberi peluang kepada semua, yang kuat pun boleh tumbang, yang lemah pun boleh lulus,” katanya.

Beliau menyeru agar lebih ramai anggota Tentera Darat mencuba kursus ini dan menegaskan bahawa Komando adalah unit terbaik dalam Tentera Darat Malaysia.-airtimes.my

#GGK #gerakkhas #komando #TDM #airtimes #Malaysia

Pegang semangat juang Pegawai Memerintah 22 Komando, Muhammad Syukran bangkit harungi peluang kedua

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2022

Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2022

ОБОРОНА КОСТЯНТИНІВКИ, дрони-ждуни і дзвінок додому з передової. День з мінометниками 93-ї ОМБр

ОБОРОНА КОСТЯНТИНІВКИ, дрони-ждуни і дзвінок додому з передової. День з мінометниками 93-ї ОМБр

Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri 2/2025

Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri 2/2025

(TAYANGAN MULTIMEDIA) MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MPKK BATALION VI SESI OKTOBER 2025 - FEBRUARI 2026

(TAYANGAN MULTIMEDIA) MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MPKK BATALION VI SESI OKTOBER 2025 - FEBRUARI 2026

Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018

Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018

Dukung Pertahanan Nasional, 499 Karyawan Sinar Mas Mengikuti Komponen Cadangan Matra Darat 2025

Dukung Pertahanan Nasional, 499 Karyawan Sinar Mas Mengikuti Komponen Cadangan Matra Darat 2025

Majalah 3 (2020) | Mon, Feb 24

Majalah 3 (2020) | Mon, Feb 24

(((LIVE))) Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri AK 2/2024 | 1 Sept 2024

(((LIVE))) Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri AK 2/2024 | 1 Sept 2024

Самые Крупные Столкновения и Ошибки Кораблей, Снятые на Камеру

Самые Крупные Столкновения и Ошибки Кораблей, Снятые на Камеру

Harimau Satya: GGK dan Kopassus gempur kubu musuh

Harimau Satya: GGK dan Kopassus gempur kubu musuh

Commandos Learn The Art Of Jungle Warfare | Special Forces | Wonder

Commandos Learn The Art Of Jungle Warfare | Special Forces | Wonder

ARMY:24Jam | Episod Akhir - Peserta perlu bertempur bersama anggota tentera?

ARMY:24Jam | Episod Akhir - Peserta perlu bertempur bersama anggota tentera?

LADA Niva против Jimny против Duster: ЗАЕЗД В ПОДЪЁМ и испытания на БЕЗДОРОЖЬЕ!

LADA Niva против Jimny против Duster: ЗАЕЗД В ПОДЪЁМ и испытания на БЕЗДОРОЖЬЕ!

НАКИ: Россию РВЕТ до сих пор! САМАЯ МАССИРОВАННАЯ АТАКА поставила ВСЕХ НА УШИ(ВИДЕО). Там АД

НАКИ: Россию РВЕТ до сих пор! САМАЯ МАССИРОВАННАЯ АТАКА поставила ВСЕХ НА УШИ(ВИДЕО). Там АД

TENTERA DARAT MALAYSIA BERSAMA UNITED ARAB EMIRATES LAND FORCES

TENTERA DARAT MALAYSIA BERSAMA UNITED ARAB EMIRATES LAND FORCES

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 195/2022

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 195/2022

[EPISOD PENUH] ARMY:24Jam - Cabaran Asas Tentera Darat | Episod 1

[EPISOD PENUH] ARMY:24Jam - Cabaran Asas Tentera Darat | Episod 1

Beret hijau pembakar semangat sertai Komando

Beret hijau pembakar semangat sertai Komando

ЗАХВАТ ВЛАСТИ в Москве! Кадыров копает под Путина. Как разрастается клан Рамзана

ЗАХВАТ ВЛАСТИ в Москве! Кадыров копает под Путина. Как разрастается клан Рамзана

Serangan Lahad Datu | 999 Khas (29 Aug 2023)

Serangan Lahad Datu | 999 Khas (29 Aug 2023)

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]