Malaysian Food Life : Jumpa port siput sedut baik punnya ! Kita masak lemak Nenas
Автор: Azlita Masam Manis
Загружено: 2021-12-28
Просмотров: 62675
Assalamualaikum
Di kesempatan ini kak Ita ingin merakamkan ucapkan takziah kepada semua mangsa banjir di Selangor dan Pahang di atas musibah yang menimpa mereka dan keluarga.. yang kehilangan ahli keluarga ,harta benda, tanaman dan ternakkan malah ada yang hilang tempat perlidungan. Allahhu rabbi... sesungguhnya ujian dari Allah itu pasti.. semoga tabahh, sabar dan redoh di atas setiap ketetapan dan perancangan dari yang maha berkuasa.
Terima kasih juga kepada ribuan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus dalam misi membantu dan mennyelamat, jasa kalian dan setiap kudrat keringat dan wang riggit yang titipkan hanya Allah juga yang dapat membalas dengan jutaan pahala innsyaallah..
Pada mana-mana antara kita di Malaysia yang tempat kediaman kita berisiko di naiki bajir atau kejadian tanah runtuh, hati-hati dan sentiasa bersiap siaga kerana kita berada di penghujug tahun dalam musim tengkujuh yang pasti akan mengalami fenomena Alam yang pastinya berlaku setiap tahun. Sama-sama kita panjatkan doa agar kita di hindari dari sebarang musibah, di pelihara dan di lindungi Allah... AMINN
Hari ni kak ita konngsikan resepi siput sedut dengan nenas dan sambal terung pipit ikan bilis.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API DENGAN NENAS
1 kg siput sedut ~ cuci bersih-bersih dan buang hujung taduknnya.
1 biji nenas ~ kupas dan potong ikut suka
2 helai daun kunyit ~ di mayang
3 batang serai ~ di titik
3 keping asam gelugur
1 biji santan
Bahan Kisar / Tumbuk halus
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu udang kering ~ rendam lembut
1 inc kuyit hidup
1/2 inc lengkuas
jika suka kuah pekat boleh tambah buah keras 2-3 biji
Garam
gula
perisa
SAMBAL TERUG PIPIT IKAN BILIS
1 magkuk terung pipit ~ cuci bersih dan ketuk sikit bagi pecah
1 cawan ikan bilis ~ goreng
Bahan Kisar
2 ulas bawag putih
6 ulas bawag merah
1 inc belacan
15 tangkai cili kering ~ rebus lembut atau rendam
1/2 cawan air asam jawa
garam
gula
perasa
masak rujuk video
bila sambal dah masak sejukkan dulu sebelum letak ikan bilis supaya ikan bilis rangup
cara masak rujuk video.
cara memasak ikut cara dan style masing-masing samaada nak tumis atau rebus terus
setiap apa bahan yang nak letak dalam masakkan adalah megikut citarasa selera keluarga masing-masing. Dan saya masak mengikut selera suami dan anak-anak saya.
Sama-sama kita belajar untuk meghormati cara masakan kita yang berbeza mengikut daerah, tempat dan negeri masing-masing.
Terima kasih kerana sudi menonton dan memberikan sokongan.
Jangan lupa subscribe , like dan tekan butanng loceng utuk video terbaru
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: