Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

Resepi Nasi Lemak Nasser's Kitchen - Rahsia dan Tips 2023

Автор: Nasser's Kitchen

Загружено: 2020-05-29

Просмотров: 17673

Описание:

Resepi nasi lemak ini sesuai untuk penggemar nasi lemak tetapi tidak pernah mencuba memasak nasi lemak di rumah. Panduan langkah demi langkah diberikan yang mudah difaham.

Sambal nasi lemak ini ialah sambal ikan bilis tetapi boleh diubahsuai untuk lain-lain bahan seperti udang atau sotong.

Selamat Mencuba resepi nasi lemak ini!

TEKS PENUH VIDEO
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Nasi lemak, makanan kegemaran rakyat Malaysia.Tonton hingga ke akhir video kerana saya akan akan kongsikan pelbagai tips dan rahsia untuk memasak Nasi Lemak dan sambal ikan bilis macam ni. Kalau anda tak pernah masak nasi lemak , boleh cuba resepi ini. Jom kita ke dapur!

Mula-mula kita sukat 4 cawan sukatan beras rice cooker biasa. Untuk resepi ini saya gunakan beras basmati untuk dapatkan nasi lemak yang berderai dan tidak melekat, tetapi apa-apa beras pun boleh, cuma sukatan airnya sahaja yang akan berbeza, kerana beras basmati perlukan lebih air.

Kemudian kita cuci beras sehingga air jernih macam ni. Bila kita cuci beras, kita hilangkan lapisan kanji pada permukaan beras, kanji ini akan menjadi seperti gam bila dimasak.

Kemudian kita rendam beras untuk 10-20 minit. Beras basmati ada perisa istimewa yang tak ada pada beras jenis lain, tapi perisa ini sensitif pada haba. Bila kita rendam beras, ia akan menyerap air dan masak lebih cepat. Waktu memasak yang pendek ini akan mengurangkan kesan haba pada beras dan menambah rasa sedap nasi lemak kita.

Bahan-bahan lain yang kita perlukan:

3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1.5 cm halia
1 batang serai
1/2 sudu kecil halba

Bawang kecil, bawang putih dan halia perlu dihiris dan serai perlu dititik seperti ini.

2 halai daun pandan disimpul seperti ini

Masukkan bawang kecil

bawang putih

halia

halba

Serai dan daun pandan

Tambah 250ml ( 1 cawan ) santan pekat segar ( kalau tak ada boleh gantikan dengan santan kotak )

Kemudian tambah 4 1/2 cawan air

1 sudu teh garam, kalau suka nasi yang lebih masin boleh tambah 1/2 sudu kecil garam.

Kacau supaya rata dan masak di dalam periuk nasi seperti biasa.

Sementara nasi lemak masak kita sediakan sambal ikan bilis.

Panaskan minyak dan goreng 50g ikan bilis.

Bila dah garing seperti ini angkat dan ketepikan untuk dihidangkan bersama nasi lemak. Simpan minyak goreng ikan bilis untuk menumis sambal.

Untuk bahan tumisan sambal kita perlukan:

3 biji bawang merah besar

6 ulas bawang putih

1.5 cm halia

10g belacan

Semua bahan-bahan ini perlu dikisar

Kita juga perlukan 230g cili kering kisar

Panaskan 100ml minyak goreng ikan bilis dalam kuali

Tumiskan bahan kisar tadi ( bawang merah, bawang putih, halia, belacan)

Bila dah kering sedikit tambab cili kering kisar

Gaulkan supaya sebati

Sementara kita tunggu bahan tumisan garing, kita rendam 30g ikan bilis dalam air. Ikan bilis akan menyerap air dan akan menjadi lembut.

Bila kita masak ikan bilis yang telah direndam ini lama-lama dalam sambal, ianya akan hancur dan sebati dengan kuah sambal. Ini yang memberikan perisa istimewa kepada sambal.

Rahsia masak sambal ialah kita kena pastikan bawang dan cili kita cukup garing. Jika tidak cukup masak, rasa bawang dan cili yang mentah akan merosakkan rasa sambal kita. Gunakan api yang sederhana dan selalu kacau untuk elakkan hangus. Sambal yang masak betul akan berwarna merah gelap.

Tambahkan 3 sudu besar gula

Garam secukup rasa, lebih kurang 1 sudu kecil. Hati-hati kerana ikan bilis dah masin!

Tambag 1/2 biji bawang besar yang telah dihiris

dan 1 sudu teh Asam Jawa Xtra Adabi atau Asam jawa kegemaran anda

Gaulkan supaya rata dan sebati

Jika sambal kelihatan kering, tambah sedikit air untuk elakkan sambal hangus. Nak masak sambal yang sedap akan makan masa, jadi kena bersabar.

Untuk tambah perisa boleh tambah Knorr pasti sedap dan sedikit lagi gula jika sambal tidak cukup manis. Setiap resepi hanyalah panduan kerana bahan-bahan kita tidak akan serupa setiap kali kita memasak, bawang tak sama manisnya, cili tak sama pedasnya. Oleh itu penting kita sentiasa rasa apa yang kita masak supaya seimbang masin, manis, masam dan pedas.

Bila sambal dah pekat , berwarna gelap seperti ini dan dah naik minyaknya, sambal ikan bilis kita dah siap. Sekarang kita lihat pula nasi yang kita masak tadi.

Nasi pun nampaknya dah masak dan sedia untuk dihidangkan.

Inilah dia hasilnya, dilengkapkan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus dan potongan timun.

Terima kasih kerana menonton video ini hingga akhir.

Kalau masih belum subscribe atau follow ,
sila subscribe di YouTube dan follow di Facebook dan Instagram. Ada bermacam-macam video resepi menarik dichannel ini,
boleh cuba klik salah satu dari video disini. Selamat Mencuba!


#nasilemak #nasserskitchen

SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o

Resepi Nasi Lemak Nasser's Kitchen - Rahsia dan Tips 2023

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

6 JAM MASAK IBU SAMBAL NASI LEMAK UNTUK BERNIAGA ‼️

6 JAM MASAK IBU SAMBAL NASI LEMAK UNTUK BERNIAGA ‼️

cara buat  nasi lemak versi niaga by kak nur @tip nasi tak muak

cara buat nasi lemak versi niaga by kak nur @tip nasi tak muak

Nasi Lemak beras biasa, mudah & sedap, sesuai untuk beginner, confirm jadi | TIPS penting memasak

Nasi Lemak beras biasa, mudah & sedap, sesuai untuk beginner, confirm jadi | TIPS penting memasak

ЧТО ПИТЬ, Чтобы Быстро Улучшить Кровообращение В Ногах? После 60! Доктор Мясников

ЧТО ПИТЬ, Чтобы Быстро Улучшить Кровообращение В Ногах? После 60! Доктор Мясников

Resepi kuah kacang pekat dan padu | Makan dengan nasi impit memang terangkat

Resepi kuah kacang pekat dan padu | Makan dengan nasi impit memang terangkat

Nasi Serai Mudah

Nasi Serai Mudah

Nasi Lemak KakYan|Resepi Nasi Lemak|Nasi Lemak Dulu-Dulu

Nasi Lemak KakYan|Resepi Nasi Lemak|Nasi Lemak Dulu-Dulu

Sambal Nasi Lemak Padu versi niaga! Tips campuran cili gemok.

Sambal Nasi Lemak Padu versi niaga! Tips campuran cili gemok.

NASI BUTTER/NASI PLANTA DAHLIA'S KITCHEN

NASI BUTTER/NASI PLANTA DAHLIA'S KITCHEN

Ёсин сураси қийин дамда ўқилса, Аллоҳ таоло банда аҳволини енгиллаштиради | эрталабки дуолар

Ёсин сураси қийин дамда ўқилса, Аллоҳ таоло банда аҳволини енгиллаштиради | эрталабки дуолар

Nasi lemak resepi lama

Nasi lemak resepi lama

Briyani Kambing (2023) - Resepi Nasi Beriani Kambing wajib cuba!

Briyani Kambing (2023) - Resepi Nasi Beriani Kambing wajib cuba!

NASI LEMAK ORIGINAL MALAYSIA dari Tokwan ‼️ | Nasi Lemak Legend

NASI LEMAK ORIGINAL MALAYSIA dari Tokwan ‼️ | Nasi Lemak Legend

Ун Туз ва  сув 😋 Бор йуги 15 дакикада таер буладиган Катлама...

Ун Туз ва сув 😋 Бор йуги 15 дакикада таер буладиган Катлама...

TIPS Masak NASI LEMAK TERSEDAP Tak Mentah Tak Lembik | Berderai Sebiji Sebiji

TIPS Masak NASI LEMAK TERSEDAP Tak Mentah Tak Lembik | Berderai Sebiji Sebiji

Nasi Lemak 椰浆饭 /辣死你妈,马 来 西 亚 椰 浆 饭

Nasi Lemak 椰浆饭 /辣死你妈,马 来 西 亚 椰 浆 饭

Nasi Lemak Bungkus Confirm BORONG Semua!💰💸

Nasi Lemak Bungkus Confirm BORONG Semua!💰💸

Makanan WAJIB Masyarakat Jawa | Penyediaan NASI AMBENG dari Awal hingga Akhir

Makanan WAJIB Masyarakat Jawa | Penyediaan NASI AMBENG dari Awal hingga Akhir

Nak Masak Sambal Nasi Lemak Yang Sedap ⁉️ Ikut Cara Ni Senang Jer

Nak Masak Sambal Nasi Lemak Yang Sedap ⁉️ Ikut Cara Ni Senang Jer

Nasi Lemak Rendang Ayam, Tips Beras Basmathi

Nasi Lemak Rendang Ayam, Tips Beras Basmathi

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]