KM Ust Nazmi Abd Karim
Автор: Channel Surau Ar Rahmah
Загружено: 2020-11-17
Просмотров: 543
Kisah Para Tabi'in ( MUHAMMAD B SIRIN RHM ) IBN SIRIN
🍎MUHAMAD B. SIRIN RHM (IBN SIRIN)🍎
1.Bapa beliau (Sirin) adalah merupakan seorang hamba yang dimiliki oleh Anas bin Malik.Ibu beliau bernama Safiah adalah merupakan hamba perempuan kepada Abu Bakar As-Siddiq r.a. yang akhirnya Safiah juga turut dimerdekakan.Bapanya (Sirin) dan ibu beliau terkenal sebagai orang yang soleh dan memiliki budi pekerti yang baik.Para hari perkahwinannya ramai vateran Perang Badar hadir.Tukang hias (mak andam) Safiah pula adalah para isteri Rasulullah Saw. Ikatan perkahwinan Sirin dan Safiah ini melahirkan Muhamad - seorang ulama dan tokoh terkenal.
2..Muhamad b. Sirin lahir masa pemerintahan Uthman b. Affan r. anhu..Beliau belajar dengan beberapa sahabat besar Nabi Saw seperti:
Zaid bin Thabit.
Imran bin Al-Husain.
Anas bin Malik.
Abu Hurairah.
Abdullah bin Az-Zubair.
Abdullah bin Abbas.
Abdullah bin Umar dan beliau belajar alQuran, feqah dan ilmu Islam yang lain daripada mereka.
3.Kemudian beliau berpindah ke pusat ilmu iaitu di Basrah. Di sana beliau mengajar dan belajar lagi.Di samping itu beliau juga menjalankan perniagaan untuk menyara hidupnya.Orang ramai selesa dan suka cara pengajarannya yang bersahaja dan ada masa bercampur dengan kelakar yang sederhana.
4.Beliau menjadi ulama besar pada zaman Bani Umayyah.Beliau seorang ulama yang tegas dan berani dengan penguasa dan berterus terang. Misalnya ketika berhadapan Umar bin Hubairah (gabenor kerajaan Bani Umaiyyah ke Iraq).
Dia berani menegur sikap pemerintah.Apabila diberi hadiah daripada gebenor, dia tidak menerimanya kerana bimbang dengan fitnah yang akan timbul.
5.Muhamad b. Sirin dimasukkan ke penjara kerana tidak mampu membayar hutang berkaitan urusan perniagaannya.Menjelang kematian Anas b.Malik dia mewasiatkan agar jenazahnya disolatkan oleh Ibn Sirin. Walau pun penguasa izinkan dia enggan keluar penjara kecuali diizin oleh peniaga di mana dia berhutang dahulu. Selepas diizinkan, dia menguruskan jenazah Anas b. Malik. Selepas selesai dia memohon kembali ke penjara untuk melengkapkan tempohnya. Demikian sikap wara'nya disebabkan rasa bersalah tidak membayar hutang itu. Keistimewaan Ibn Sirin adalah kepakarannya mentadbir mimpi.Ada kitab besar berkaitan tadbir mimpi daripada Ibn Sirin yang menjadi rujukan umat Islam. Ibn Sirin meninggal dunia ketika berumur 77 tahun.
Kuliah Maghrib:🌔
Us. Nazmi Abd. Karim
Tarikh:🔲
5hb.Februari 2020
Catatan:🖋️
Mohd Yasin Hj. Sulaiman
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: