Andalusia, RHB Islamic metrai MoU perkukuh penyelesaian kewangan patuh Syariah pelancongan Islam
Автор: Refleks TV
Загружено: 19 апр. 2025 г.
Просмотров: 22 просмотра
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), agensi pelancongan terkemuka dalam pengurusan Umrah dan percutian Islamik, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU).
Kerjasama ini bertujuan memperkenalkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang menyokong perkembangan industri pelancongan Islam di Malaysia.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan memperkenalkan pelbagai inisiatif kewangan khusus untuk industri pelancongan, antaranya adalah produk RHB TravelPlus-i yang menyediakan kemudahan terminal pembayaran kad kredit/debit dengan pelan ansuran tanpa kos.
Selain itu, kemudahan pembayaran menggunakan QR DuitNow yang dilengkapi kotak suara, kadar tukaran asing (Forex) yang kompetitif serta promosi bersama produk Andalusia melalui saluran rasmi RHB Islamic turut menjadi fokus utama.
#AndalusiaTravel #RHBIslamic #Travel #Tourism #Pembiyaan #Umrah #Haji #Pelancongan #DestinasiREFLEKS

Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: