Mendung Pagi | Lukisan cat minyak atas nylon
Автор: Amir Street Artist
Загружено: 2022-01-22
Просмотров: 221
Setelah beberapa bulan alatan cat minyak tersimpan, kini dikeluarkan kembali dengan projek 'panas badan' bersaiz kecil. Harapnya selepas ini lebih produktif dengan karya-karya lukisan cat minyak.
Saya cuba beralih sedikit demi sedikit kepada lukisan selain potret dan figura. Lukisan pemandangan alam adalah suatu bentuk cara untuk saya menghargai dan mencintai alam ciptaan Yang Maha Esa.
Foto rujukan lukisan bersaiz 15 x 21 inci ini saya 'snap' sendiri ketika pulang ke kampung dimusim cuti sekolah hujung tahun 2021 lepas. Lokasinya adalah di kawasan bendang Kg. Chenderong Kubu, Tumpat.
Suasana dipagi hari yang mendung ketika matahari berada dicelah awan amat menarik dijadikan subjek lukisan. Saya menanti detik=detik yang sesuai di atas batas sawah pergerakan awan dan matahari untuk dirakam. Sambil menanti dengan sabar, saya dapat melihat betapa hebat dan sempurnanya ciptaan Allah swt. Tiada sesiapa yang boleh mendustakanNya. Allahuakbar...
#howtodraw
#tumpat
#oilpainting
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: