PROGRAM “EMPOWERVISIO : SOUND OF INCLUSION” KOR WATANIAH NEGARA V
Автор: PPHP UniSZA Official
Загружено: 2023-12-06
Просмотров: 63
PROGRAM “EMPOWERVISIO : SOUND OF INCLUSION” KOR WATANIAH NEGARA V
UniSZA SESI 1 2023/24
Seberang Takir, 26 November 2023 - Sebanyak 41 anggota Pelajar Kursus Kokurikulum Wataniah Negara V semester 1 sesi 2023/2024 dengan gigih menganjurkan program "Empowervisio: Sound Of Inclusion" di Rumah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia. Program ini, yang diadakan pada 26 November 2023, melibatkan 32 peserta dari Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).
Projek akhir yang diinisiatifkan oleh Kor Askar Wataniah Negara V ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kehidupan seharian individu dengan kekurangan penglihatan. Program ini tidak hanya mampu membuka mata pelajar terhadap realiti kehidupan orang buta, tetapi juga memberi kesedaran bahawa mereka mampu melaksanakan aktiviti sehari-hari seperti individu normal lainnya.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk sifat berperikemanusiaan yang tinggi dalam kalangan anggota badan beruniform Kor Askar Wataniah Negara UniSZA. Selain itu, diharapkan juga dapat memberi inspirasi kepada pelajar badan beruniform Kor Askar Wataniah Negara V untuk terus bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang cacat penglihatan.
Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini, termasuk gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling Rumah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, perlawanan persahabatan futsal, dan memanah bersama warga PERTIS. Majlis penutup yang melibatkan semua jawatankuasa yang terlibat sepanjang program turut menjadi acara berkesan.
Partisipasi aktif dan kerjasama yang baik dari semua anggota mencerminkan semangat kesukarelawan yang tinggi. Aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan yang positif daripada peserta, menyumbang kepada pengalaman yang positif dan memperkukuhkan ikatan kerjasama antara pelajar dan warga PERTIS.
Program "Empowervisio: Sound Of Inclusion" telah mencapai kejayaan dengan memberikan impak positif kepada para pelajar yang terlibat. Kejayaan ini tidak hanya merangkumi manfaat insaniah, tetapi juga membina jalinan kerjasama yang berkesan di antara pelajar dan warga PERTIS, menjadikannya sebagai program yang memberi impak besar kepada kedua-dua pihak yang terlibat.
#uniszapastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#PPHPUniSZA
#wataniahunisza
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: