Ahli Parlimen "Friends of Ministry (FOM) turun Padang ke JAWI dan TV AlHijrah
Автор: TV JAWI
Загружено: 2025-08-15
Просмотров: 1066
Kami berbesar hati menerima kunjungan Ahli Parlimen turun padang ke JAWI & TV AlHijrah dalam Program Al-Falah: Jaulah Rasmiyyah Friends of Ministry (FOM) Agensi Agama, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ahli Parlimen yang hadir pada hari ini ialah YB Tuan Aminolhuda Bin Hassan, Ahli Parlimen Sri Gading, YB Tuan Haji Suhaizan Bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai, YB Tuan Syahredzan Bin Johan, Ahli Parlimen Bangi, YB Tuan Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat dan YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani. Kesemua Ahli Parlimen turut dibawa ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI bagi meninjau operasi kaunter baharu dan ruang akad nikah.
JAWI dan TV AlHijrah terpilih sebagai lokasi pertama program ini yang akan diteruskan selepas ini ke 12 lagi agensi di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Semoga program ini memberi manfaat bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan JAWI dan memartabat syiar Islam khususnya di Wilayah-wilayah Persekutuan.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#PelanTransformasiAlfalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: