๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ง: ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ข๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐, ๐ฅ๐ข๐ฌ๐๐ ๐ง๐๐๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฆ
ะะฒัะพั: Angkatan Tentera Malaysia
ะะฐะณััะถะตะฝะพ: 2025-10-30
ะัะพัะผะพััะพะฒ: 3254
๐๐จ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ง๐ : ๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐จ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐ข๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐จ๐ ๐๐๐๐
KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2025 โ Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar menerima Kunjungan Hormat daripada Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Ukris Boontanondha di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia bagi pengiktirafan sebagai ahli ke-19 Hall of Fame (HOF) Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), hari ini.
Majlis dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) berkekuatan 3 Pegawai dan 103 Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Mejar Khairul Azmi bin Jamingon.
Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama pertahanan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Diraja Thailand. Pertemuan kedua-dua Panglima Angkatan Tentera ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh keamanan, kestabilan dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datoโ Sri Haji Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datoโ Sri Haji Norazlan bin Aris TUDM; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datoโ Azhan bin Haji Md Othman serta pegawai-pegawai kanan ATM.
Berita & gambar : BRKSP.
#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#ATMSentiasaBersepadu
#DutyHonourSacrifice
ะะพัััะฟะฝัะต ัะพัะผะฐัั ะดะปั ัะบะฐัะธะฒะฐะฝะธั:
ะกะบะฐัะฐัั ะฒะธะดะตะพ mp4
-
ะะฝัะพัะผะฐัะธั ะฟะพ ะทะฐะณััะทะบะต: