Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

Saman Malu-Apa Yang Anda Perlu Tahu

Автор: Liyana Lawyer

Загружено: 2018-03-29

Просмотров: 19945

Описание:

SAMAN MALU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Facebookers serta sahabat handai saya sekalian,

Pada kali ini saya, Liyana The Lawyer kembali dan ingin berkongsi mengenai satu topik yang sering juga ditanya kepada saya iaitu mengenai Saman Malu atau lebih tepat dan jitu sekali dibahasakan sebagai Saman Fitnah.

Di Malaysia Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) mengawal selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil. Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah, Kanun Keseksaan , Seksyen 499 hingga Seksyen 502 digunapakai.

Satu tuntutan di bawah saman fitnah bukan sahaja boleh diambil bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media konvensional. Malah, keputusan-keputusan terbaru mahkamah di Malaysia telah membenarkan mereka yang difitnah di media cyber untuk mendapat gantirugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan di media cyber.

Dari segi undang-undang terdapat dua jenis fitnah iaitu fitnah bertulis dan fitnah lisan. Kedua-duanya wujud untuk melindungi nama baik seseorang. Dalam kes fitnah bertulis, mangsa fitnah sebagai penuntut tidak perlu membuktikan kerugian atau kerosakkan, sudah memadai baginya untuk menunjukkan bahawa kata-kata itu disiarkan dan tidak benar. Sebaliknya pula, pernyataan fitnah lisan boleh diambil tindakan hanya jika dapat dibuktikan sebagai menyebabkan kerosakan khas tertakluk kepada beberapa pengecualian seperti berikut:-

(a) Menurut Seksyen 4 Akta Fitnah, perkataan yang dituturkan dan disiarkan yang memperkaitkan ketidaksucian atau perzinaan kepada mana-mana wanita atau gadis tidak memerlukan kerosakan khas untuk menjadikannya boleh diambil tindakan. Begitu juga apabila menuduh seseorang itu menghidap penyakit kelamin berjangkit juga boleh dikenakan tindakan undang-undang di atas pemfitnah kerana itu merupakan sesuatu fitnah lisan

(b) Menurut Seksyen 5 Akta Fitnah, tidak perlu untuk membuktikan kerosakan khas dalam kes fitnah lisan yang melibatkan pegawai kerajaan, ahli professional atau nama baik perniagaan. Contoh: untuk menyatakan bahawa sesorang ahli perniagaan itu adalah bankrap adalah fitnah dan boleh didakwa

Terdapat 3 persoalan yang perlu dibuktikan dalam menentukan samada sesuatu tuntutan fitnah boleh dibuat atau tidak.

Tiga persoalan itu adalah:-
1. Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
2. Adakah Kenyataan Itu Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut?
3. Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?

Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
==============================
Kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan saman fitnah.
Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat atau telah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang.
Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat?
Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan?

Innuendo
========
Sesuatu kenyataan fitnah juga tidak semestinya bersifat terang-terangan. Ia mungkin fitnah dalam bentuk tersirat dari yang tersurat.
Namun, maksud tersirat itu harus difahami oleh orang biasa bahawa perkataan digunakan itu adalah suatu fitnah. Fitnah sebegini juga dikenali sebagai innuendo.
Adakah Kenyataan Itu Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut?
Untuk sesuatu tuntutan fitnah ini berjaya, pihak yang menuntut harus menunjukkan bahawa kenyataan fitnah itu ditujukan kepadanya. Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepadanya, maka tuntutan ini tidak akan berjaya.
Namun, ini tidak bermakna jika kita tidak menamakan individu tertentu kita akan terlepas dari tanggungan ini.

Dalam sebuah kes mahkamah telah memutuskan bahawa kenyataan fitnah adalah merujuk kepada penuntut biarpun namanya tidak disebut. Ini kerana terdapat ciri-ciri yang kukuh yang merujuk kepada penuntut dalam kenyataan fitnah tersebut. Mahkamah juga mengatakan yang orang biasa yang membaca kenyataan itu pun pastinya akan merasakan bahawa kenyataan itu merujuk kepada penuntut.

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan Fitnah?
==================================
Kenyataan Itu Hendalah Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut. Maka ini juga bermakna adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk kita menuntut bagi pihak yang telah mati atau keluarga terdekat atau rakan-rakan kita.
Akhir kata dan pesan dari saya, berpada-padalah dalam percakapan atau perbuatan anda. Takut kelak anda mendedahkan diri anda kepada risiko disaman fitnah. Ingatlah bahawa nasi jika sudah menjadi bubur, tiada guna ditangisi nanti.

Moga bermanfaat.
Sharing is caring 😊
Sekian, salam dari saya,

#LiyanaTheLawyer
#PeguamAnda

Saman Malu-Apa Yang Anda Perlu Tahu

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

Saman Fitnah dan Pembelaan (Tort of Defamation)

Saman Fitnah dan Pembelaan (Tort of Defamation)

Boleh Lagi Ke Nak Saman Malu Untuk Kes Yang Lama?

Boleh Lagi Ke Nak Saman Malu Untuk Kes Yang Lama?

19 MEI 2022 – SPM – SAMAN FITNAH : KERANA MULUT BADAN BINASA

19 MEI 2022 – SPM – SAMAN FITNAH : KERANA MULUT BADAN BINASA

KANUN | FITNAH? SAMAN.

KANUN | FITNAH? SAMAN.

Hak-hak Pekerja di bawah Akta Kerja 1955

Hak-hak Pekerja di bawah Akta Kerja 1955

Jenayah orang Ketiga Dalam Rumah tangga

Jenayah orang Ketiga Dalam Rumah tangga

Proses Perbicaraan Mahkamah Sivil (Part 1)

Proses Perbicaraan Mahkamah Sivil (Part 1)

Bantuan Guaman Percuma

Bantuan Guaman Percuma

Gangguan orang ketiga: Satu jenayah? | WHI (3 Januari 2019)

Gangguan orang ketiga: Satu jenayah? | WHI (3 Januari 2019)

PERBUATAN JAHAT 'ORANG KETIGA' BOLEH DIHUKUM PENJARA 10 TAHUN & DENDA

PERBUATAN JAHAT 'ORANG KETIGA' BOLEH DIHUKUM PENJARA 10 TAHUN & DENDA

Apa hak pekerja sekiranya jika diberhentikan?

Apa hak pekerja sekiranya jika diberhentikan?

Elemen-elemen kes saman fitnah - Nor Zabetha

Elemen-elemen kes saman fitnah - Nor Zabetha

Apa Tindakan Anda Jika Dibuang Kerja?

Apa Tindakan Anda Jika Dibuang Kerja?

Hak Anda Sekiranya Ditahan Polis - Nor Zabetha

Hak Anda Sekiranya Ditahan Polis - Nor Zabetha

Apa Itu Saman Fitnah dan Ciri-Ciri Saman Fitnah

Apa Itu Saman Fitnah dan Ciri-Ciri Saman Fitnah

Hierarki Mahkamah Sivil di Malaysia

Hierarki Mahkamah Sivil di Malaysia

Saman fitnah dalam Kes Rumahtangga

Saman fitnah dalam Kes Rumahtangga

First Time datang ke Mahkamah Syariah. Apa yang perlu anda buat.

First Time datang ke Mahkamah Syariah. Apa yang perlu anda buat.

5 Perkara Yang Anda Patut Tahu Jika Anda Seorang Peniaga

5 Perkara Yang Anda Patut Tahu Jika Anda Seorang Peniaga

Langkah-Langkah Jika Berlaku Kemalangan - Nor Zabetha

Langkah-Langkah Jika Berlaku Kemalangan - Nor Zabetha

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]