Benarkah Syiah mengkafirkan semua sahabat Nabi? [Jawapan kepada mufti negeri Terengganu
Автор: Cinta Kebenaran
Загружено: 2025-11-21
Просмотров: 1154
Tanpa membawa sebarang dalil, Mufti negeri terengganu menuduh Syiah mengkafirkan para sahabat nabi kecuali beberapa orang. Oleh itu saya menafikan tuduhan tidak berasas beliau.
Tidakkah Ahlusunnah yang mengkafirkan seluruh sahabat Nabi? Dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah, Aisyah berkata:
لَمَّا قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ارْتَدَّتِ الْعَرَبُ قَاطِبَةً
Tatkala Rasulullah wafat, murtadlah bangsa Arab semuanya. Qatibatan adalah penegasan bahawa seluruh bangsa Arab itu telah murtad.
Dari segi realiti; Jika anda membuka Kitab Rijāl karya Shaykh Ṭūsī, ualama Syiah tahun ke4 Hijrah, bab pertama kitabnya membicarakan tentang para sahabat. Bab: Mereka yang meriwayatkan daripada Nabi ﷺ dan Ahlul Bait baginda dari kalangan para sahabat. Beliau menyenaraikan empat ratus enam puluh lapan orang sahabat Nabi ﷺ. Mereka semuanya adalah perawi yang terdapat dalam sanad riwayat dalam kitab-kitab Syiah. Andainya Syiah mengkafirkan seluruh sahabat Nabi, sudah tentu Syiah tidak akan mengambil hadis daripada para sahabat. Jadi darimanakah datang tuduhan mufti negeri Terengganu, apakah lagi kalau bukan kejahilannya sendiri?
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: