Lagu Gamelan - Muleh / Pemulih
Автор: hariezi
Загружено: 2010-07-01
Просмотров: 39172
Lagu ini diambil dari album berjudul " Irama Gamelan Malaysia Vol 1 - Lagu-lagu Gamelan Terengganu" terbitan UKM tahun 1983 bersempena dengan 'Bengkel Gamelan Malaysia Pertama di Kuala Terengganu ~ 12-15 April 1983'. Lagu Pemulih atau juga dipanggil "Muleh" ini sewaktu zaman kegemilangan Gamelan di Istana Terengganu dulu merupakan satu-satunya lagu yang dicipta serta berperanan untuk memulihkan para penari Diraja yang telah memasuki fasa "trance" atau "kelupaan". Ciptaan iramanya yang mendayu dan syahdu dan dengan orientasi atau adaptasi yang telah dipupuk terhadap jiwa raga penari-penari dulu, maka sebaik sahaja para penari yang lupa itu mendengar melodi ini , secara beransur-ansur jiwa penari berkenaan akan berjaya ditenangkan/dipulihkan dimana penari yang lupa itu akan menari mengikut rentak lagu sehingga ianya selesai ditabuhkan. Dalam erti kata lain lagu ini bolehlah juga ditafsirkan sebagai lagu yang bersifat "Melodi Perbomohan" dalam setiap persembahahan khas di Istana Terengganu dahulu.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: