Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada debat umum PBB ke 74
Автор: Berita Harian Online
Загружено: 2019-09-28
Просмотров: 16082
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menggesa kawalan lebih hebat dilaksanakan ke atas sekatan antarabangsa, sekali gus mengkritik tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain menghentikan urus niaga bersama Iran.
“Kita tidak tahu di bawah undang-undang apa sekatan ini dilaksanakan. Ia kelihatan seperti satu kelebihan untuk pihak yang berkuasa dan kaya.
“Jika anda mahu melaksanakan sekatan, perlu ada undang-undang khusus untuk menentukannya.
“Ia bersandarkan kepada hakikat bahawa jika sekatan dilaksanakan ke atas mana-mana negara, ia turut membabitkan pihak lain. Malaysia dan banyak lagi negara mengalami kerugian besar apabila sekatan dikenakan terhadap Iran,” kata pemimpin berusia 94 tahun yang lantang bersuara itu.
AS sejak kebelakangan ini kerap menggunakan sekatan sebagai instrumen diplomatik, dengan Presiden Donald Trump mengancam untuk menghukum negara lain jika mereka membeli minyak dari Iran.
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: