5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Автор: Bing - Bahasa Melayu
Загружено: 2025-05-27
Просмотров: 187317
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Kotak makanan
Bing, Pando dan Sula sedang bermain permainan ‘sama sepadan’ di tempat jagaan Amma. Apabila tiba waktu makan tengahari, Bing tunjukkan kepada Pando dan Sula bekas makan tengahari Hoppity Voosh-nya yang baru! Tetapi Pando juga ada yang serupa- SEPADAN! Mula-mula memang rasa seronok apabila sama, tetapi kemudian, Bing dan Pando tertukar bekas dan dapat makanan yang salah.
06:23 Ucapkan Selamat Tinggal
Bing dan Sula tidak mahu saling mengucapkan selamat tinggal apabila Amma tiba untuk membawa Sula pulang, jadi mereka putuskan untuk sembunyikan kasut berkilau Sula supaya dia tidak dapat pulang. Bing telah sembunyikan salah satu kasut Sula di dalam mangkuk tandas sehingga basah kuyup, dan ini telah buat Sula jadi marah sehingga dia ubah perkataan ‘selamat tinggal’ menjadi ‘tak selamat tinggal’. Dapatkah Bing mencari jalan untuk mengubah perkataan ‘tak selamat tinggal’ kembali kepada ‘selamat tinggal’.
12:46 Papan selaju
Bing dan Flop sedang berlari dengan pantas melalui taman apabila Pando 'voosh' melintasi mereka dengan papan selaju! Bing jadi tak sabar untuk cuba jadi Pando bersetuju untuk mengajarnya cara bermain papan selaju. Tetapi apakah yang berlaku apabila Bing sampai ke bukit dan papan selaju meluncur dengan semakin laju?
19:09 Pokok
Bing, Pando dan Flop sedang melihat tukang gali menanam pokok di taman. Mereka kemudian berlari ke kawasan pasir untuk berpura-pura menjadi tukang gali dan lori pengorek yang sedang bersedia untuk menanam pokok yang sangat besar. Pando terlupa di mana lubang untuk tanam pokok dan dia asyik menolak pasir ke dalam lubang Bing. Mereka kemudian sedar yang jika mereka berkerjasama, mereka akan dapat gali lubang yang sangat besar untuk tanam pokok yang paling besar. Adakah Flop dapat membantu mereka apabila mereka menyedari yang mereka tiada pokok besar untuk ditanam?
25:32 Telefon Bimbit
Bing dan Hoppity mahu bermain Salad Bercakap hari ini menggunakan telefon bimbit Flop. Flop berikan telefon bimbitnya dan pesan pada Bing supaya berhati-hati dan jangan voosh telefon tersebut, takut nanti pecah. Tetapi Bing beritahu Flop yang hanya dia dan Hoppity yang akan buat voosh. Bing ingat pesan Flop untuk letakkan telefon di tepi apabila dia mahu voosh bersama Hoppity. Tetapi apakah yang berlaku apabila Bing voosh terlalu dekat dengan telefon bimbit tersebut?
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps
*****
Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram: / bingbunny
➡️ Facebook: / bingbunny
© ACAMAR FILMS LIMITED
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: