Penerokaan Urban 🏚️🏬 | Dahulu-Sekarang: Rumah Rehat Gap | Wolve Logan
Автор: Wolve Logan
Загружено: 28 февр. 2025 г.
Просмотров: 505 просмотров
Genting Semangkok atau lebih dikenali sebagai Gap merupakan kawasan tertinggi ⛰️ bagi laluan yang merentasi Banjaran Titiwangsa menghubungkan Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan Raub, Pahang. Kedudukannya 800 m dari aras laut dengan sebatang jalan selorong yang sempit menuju ke puncak yang lebih tinggi sehingga 400 m di sebuah bukit peranginan, Bukit Fraser.
Lebih 100 tahun, sebuah rumah rehat batu 🏡 berseni bina Tudor berdiri megah di sini menjadi pilihan persinggahan oleh pengembara. Rumah Rehat Gap ini jauh lebih lama kewujudannya berbanding Bukit Fraser yang hanya dijadikan sebuah bukit peranginan pada 1920-an.
Dalam sebuah buku panduan pengembaraan (diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris) pada 1913 ditulis:
"Di sini angin bayu bertiup dari Laut China & berakhir di Selat Melaka. Kedinginannya mengasyikkan & pemandangan kedua-dua belah rabung di sepanjang jalan sangat menakjubkan. Seelok-eloknya tiba di Rumah Rehat Gap sebelum jam 3 petang & sempatlah menikmati kecantikan bungaan mawar & dahlia yang mekar di ketinggian ini."
Jalan ke Bukit Fraser sangat sempit & dahulunya sistem penggiliran naik-turun digunakan. Waktu ganjil - naik. Waktu genap - turun. Pengunjung yang 'tersilap' masa terpaksalah menunggu jam seterusnya. Pada 2001, sebatang lagi jalan siap dibina untuk perjalanan turun & jalan yang lama hanya untuk mendaki. Di rumah rehat inilah dijadikan tempat persinggahan menikmati secawan dua teh panas selain pengunjung yang datang untuk menginap di situ. Kewujudan jalan kedua 🛣️ tersebut sedikit sebagai memberi kesan kepada Rumah Rehat Gap.
Sekitar 1980-an pihak kerajaan telah mengambil alih pengurusan rumah rehat. Sehinggalah 2007 pekerja & penjaga rumah rehat diminta untuk mengosongkan bangunan bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih yang bermula pada 2008 & dijangka siap pada tahun berikutnya. Kerja pembaikan fasa kedua pula dijangka dimulakan pada 2011 namun, kerja-kerja tersebut tergendala sehingga kini. Selain itu, terdapat juga beberapa warung di sepanjang jalan berhampiran dengan rumah rehat. Antaranya ialah Kedai Kopi Hing Kee yang menjadi pilihan pengunjung yang gemar akan hidangan yang lebih murah yang turut sama sudah lama ditutup.
Henri Fauconnier, dalam naskhahnya, The Soul of Malaya, turut menulis (terjemahan daripada Bahasa Inggeris):
"...yang terbaik & sering terlepas pandang – api yang menjulang tinggi menari-nari di dalam pendiang."
Minta maaf atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi telefon Android yang tidak seberapa.
Terima kasih kerana sudi menonton.
Sekadar perkongsian.
Kru Wolve Logan
Rakaman: Wolve Logan
Pendamping: Manic
Pengangkutan: Manic
Suntingan: Wolve Logan
Keratan Video Tambahan Daripada
Getaway Tours Pte Ltd
dsafari99
Music by
Karl Casey @ White Bat Audio
LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
I Took A Stroll Down Memory Lane Today, Not To Be Saddened By The People That I Have Loss, But To Be Grateful For The Memories That I Shared With Them.
💪🏼👹🏚️💪🏼
#urbanexploration #malaysianurbanexploration #malaysianurbex #serembanurbanexploration #urbex #penerokaanurban #abandonedbuildings #abandonedhouse #oldbuilding

Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: